in ,

Ujang Exists Muncul Dengan Stick Drum Siri Signature Promark

Sebuah sejarah terlakar dalam industri muzik tempatan apabila salah seorang pemain drum terbaik Malaysia kini mempunyai signature drum stick sendiri. Tambahan lagi ia merupakan stick drum Promark yang merupakan jenama terkenal dunia.

Ujang Exist merupakan satu-satunya pemain drum berasal Malaysia yang mempunyai signature stick Promark. Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan untuk pemuzik tempatan kita.

Menurut   Tung Kean Jin yang merupakan Pengurus Besar JS Music Distribution, proses komunikasi dan pengurusan telah dilakukan selama setahun hinggalah stick ini siap sepenuhnya dan bersedia diedarkan di Malaysia.  Durasi ini diambil kerana mengambil kira pencarian rekabentuk, model, saiz serta pengesahan.

Ujang Exists

“Saya berasa sangat terharu sebab akhirnya mempunyai signature series saya sendiri.

Ini merupakan satu pengiktirafan dari Promark untuk pemuzik tempatan.

Saya berharap selepas ini, ramai lagi pemuzik tempatan kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama yang dipercayai baik di Malaysia mahu pun di luar negara,”

– Ujang

Pemain drum profesional yang sudah 28 tahun dalam industri ini juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JS Music yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan stick drum ini hingga sampai ke tangannya.

Buat para peminat Ujang Exist dan instrument drum, stick drum yang mempunyai ciri khas dari jenis hickory ini dijual dengan harga RM79.00. 

Kayu stick yang dipanggang untuk mendapatkan ketumpatan yang padat ini dijual dalam volume 144 pasang sahaja untuk fasa pertama.

Ujang Exists

“Stick drum ini dibuat di kilang di Houston, Amerika Syarikat, jenis 5A dan untuk masa hadapan kami merancang untuk mengedarkan pula jenis 7A,”. 

– Jin

Sebagai infomasi, stick jenama Promark juga dipakai oleh pemain drum terkenal seperti Mike Portnoy (Dream Theatre), Simon Philips (Toto)  dan Ian Paice (Deep Purple).

Stick ini sudah boleh mula didapati di JS Music, 133, Jalan Imbi, Imbi Kuala Lumpur atau telefon talian 0321444555 atau melawat Facebook dan Instagram JS Music untuk sebarang infomasi.

Para peminat Ujang juga boleh melawati Instagramnya (@ujangexist) untuk sebarang infomasi terkini.

Ujang Exists

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dedikasi Hazama Dalam Video Muzik Rasmi PENEMAN

Kumpul Kereta VS Kumpul Rumah, Topik Siaran Langsung INFINITE