in ,

Kumpul Kereta VS Kumpul Rumah, Topik Siaran Langsung INFINITE

“Kumpul Kereta VS Kumpul Rumah?” Pastinya bila membincangkan topik ini, setiap daripada kita mempunyai pandangan dan idea sendiri untuk menentukan kereta atau rumah menjadi pilihan berdasarkan kehendak masing-masing.

Pada masa yang sama juga ada yang beranggapan kedua-duanya penting namun perlu melihat dan diukur kepada kemampuan seseorang itu. Apatahlagi kedua objek ini merupakan asset yang bukan sedikit modal untuk dikeluarkan atau dibelanjakan.

poster Infiniteen

Kumpul Kereta VS Kumpul Rumah, Topik Siaran Langsung “Infiniteen”, Jumaat Ini di TV Okey (Astro 109) 

Justeru topik menarik yang seringkali diperdebatkan dalam kalangan generasi muda ini diutarakan dalam program bual bicara “INFINITEEN” – Ekspresi Remaja Era Digital terbitan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM hujung minggu ini, 28 Jun 2019, pukul 4.00 petang di TV Okey (Astro 109). 

Menampilkan hos Justin Ang, Jay Walia, Akhmal Nazri dan Echa, program satu jam ini bakal turut mengutarakan beberapa segmen dan perkongsian menarik dalam setiap episod siarannya yang bermanfaat kepada semua.  

Disiarkan secara langsung minggu ini kupasan tajuk sensasi ini mengundang tetamu Dato’ Seri Mahadi BZ berkongsi pandangan peribadi beliau untuk dikongsikan bersama-sama penonton. Setelah itu program ini turut mengundang Borneo EXT-T Fire Performer. Pastinya ada sesuatu kelainan dan keunikan yang bakal dikongsikan mereka dalam tajuk ini.

Menerusi episod minggu ini juga penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan Aina Abdul yang menyampaikan lagu popularnya.

Penonton boleh mengikuti siaran ulangan pada hari Ahad, pukul 8.30 pagi dan jug setiap Isnin, pukul 9.00 malam.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujang Exists Muncul Dengan Stick Drum Siri Signature Promark

Peraduan Tayangan Filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME