in ,

Ucapan Salam Aidilfitri 1430H Dari Imran Ajmain

Budiey nak ucapkan TAHNIAH buat penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain yang telah berjaya di Pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles baru-baru ni.

Budiey rasa Imran Ajmain pastinya berpuas hati dengan kejayaan ini selepas ‘bergolok gadai’ menempuh cabaran untuk ke sana. Maklumlah, semuanya atas biayaan Imran Ajmain sendiri. Imran ada cakap kat Budiey hari tu, Siti Sarah sampai pengsan kat sana. Mmm… nasib baik Imran tak pengsan. Bukan senang nak ke sana sebenarnya.

Imran Ajmain membawa balik pingat emas untuk Male Vocal Original Works untuk lagu Jika Engkau Pergi dan dan 2 pingat gangsa untuk Male Vocal Broadway dan Male Vocal R&B/Soul/Jazz.

Masa jumpa Imran Ajmain di Pelancaran Samrah Aidilfitri, Imran Ajmain sempat menghulurkan SALAM AIDILFITRI untuk semua~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Pelakon Drama & Wartawan TV9

Ucapan Salam Aidilfitri Daripada Ryzal