in , ,

Tweet Menurut Rentak Anda Sendiri dengan Ciri Terkini ‘Twitter Circle’

Twitter Circle: cara baharu untuk berinteraksi dengan sekumpulan orang terpilih

Twitter anda merupakan ruang peribadi anda dan adakalanya anda hanya ingin berbual dengan beberapa orang yang anda ingini sahaja. Oleh itu, Twitter telah melancarkan Twitter Circle – sebuah cara baharu untuk berkongsi Tweet dengan sekumpulan kecil terpilih, sehingga 150 orang sahaja.

Tweet Menurut Rentak Anda Sendiri Dengan Twitter Circle

Dengan Twitter Circle, orang ramai mempunyai fleksibiliti untuk memilih siapa yang boleh melihat dan berinteraksi dengan kandungan mereka berdasarkan Tweet demi Tweet, perbualan yang lebih intim, dan membina hubungan lebih rapat dengan sekumpulan kecil. Mulai hari ini, Twitter Circle boleh didapati oleh semua di iOS, Android, dan Twitter.com secara global. 

“Kami ingin membantu orang ramai berasa lebih selesa untuk berkongsi Tweet dan mempunyai pilihan untuk berkomunikasi secara lebih peribadi dengan sekumpulan orang terpilih. Kami membina Twitter Circle dengan mengambil kira perkara ini. Selepas ujian dan mengumpul maklum balas, kami menyediakan Twitter Circle kepada semua orang. Kami juga akan terus membina Twitter yang lebih sihat dan menyeronokkan supaya semua orang boleh menyertai perbualan awam mengikut terma mereka sendiri,”

Jay Sullivan, Pengurus Besar, Pengguna dan Produk Hasil, Twitter

Bagaimana Twitter Circle Berfungsi? 

Sebelum Tweet dihantar, terdapat paparan pilihan untuk memilih sama ada anda ingin menghantar Tweet ke circle pilihan anda ataupun senarai penuh pengikut anda. Senarai ini boleh diubah pada bila-bila masa dan anggota yang berada dalam senarai Twitter Circle tidak akan diberi notifikasi untuk sebarang perubahan yang dibuat. Manakala, mereka yang berada dalam sesebuah circle dapat melihat lencana hijau di bawah Tweet yang dihantar ke kumpulan kecil ini – kesemua Tweet ini tidak boleh di-Retweet atau dikongsi. 

Tweet Menurut Rentak Anda Sendiri Dengan Twitter Circle
Tweet Menurut Rentak Anda Sendiri Dengan Twitter Circle

Tersedia Untuk Semua 

Twitter mula menguji Twitter Circle pada bulan Mei 2022 dengan sekumpulan orang terpilih di iOS, Android, dan juga laman web. Setelah ujian tersebut berjaya, ciri ini sekarang akan tersedia untuk semua secara global. Twitter Circle ini khusus untuk mereka yang ingin: 

  • Berasa lebih selesa dalam menghantar Tweet dan meluahkan pendapat mereka
  • Menyingkirkan keperluan untuk membuat akaun kedua/lain
  • Kongsi kandungan mereka bersama sekumpulan kecil teman-teman yang rapat sahaja
  • Mengurangkan frekuensi pengaturan akaun peribadi
    Twitter komited dalam memperkasakan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini mengikut keinginan mereka sendiri. Berikut ialah beberapa ciri lain yang membolehkan anda mengambil alih pengalaman Twitter anda:
  • Menukar orang yang boleh membalas Tweet di tengah-tengah perbualan
  • Meninggalkan perbualan yang tidak diingini dengan Unmention
  • Alih keluar pengikut tanpa perlu menyekat mereka
    Jadi, siapakah gerangan orang yang bakal menjadi sebahagian daripada Twitter Circle anda? Untuk maklumat lanjut tentang Twitter Circle, sila dapatkan di sini.
Tweet Menurut Rentak Anda Sendiri Dengan Twitter Circle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat Nikah | 14

Ayda Jebat Dedah Ibu Mentua Tak Bagi Masak & Buat Kerja Rumah

Samsung Galaxy Bud2 Pro

Galaxy Buds2 Pro Kini Jadi Aksesori Utama Pelengkap Gaya Fashionista!