in , ,

TV9 Terus Memberikan Program Sukan Terkini, Pantas & Tepat!

TV9 kekal menyediakan program sukan yang menarik khas buat peminat bola sepak. Bersempena dengan Piala Asia 2023 yang akan datang, TV9 akan menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa Skuad Harimau Malaya bagi persiapan pasukan bola sepak negara untuk perlawanan kelayakan.

Acara dimulai dengan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Brunei dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Hong Kong. Sudah tentu ramai peminat dan penonton tidak sabar melihat aksi-aksi hebat daripada pemain tanah air seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

Keseronokan diteruskan dengan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak iaitu Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023, perlawanan ini akan bermula pada 8 Jun hingga 14 Jun 2022 yang melibatkan 24 buah negara asia berlangsung di 6 buah negara yang menjadi tuan rumah pusingan kelayakan dan salah satu tuan rumah untuk pusingan kelayakan ini adalah Malaysia. Acara pusingan kelayakan yang melibatkan Malaysia akan dijalankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 

TV9 Terus Memberikan Program Sukan Terkini

Juara daripada setiap kumpulan dan 5 pasukan kedua terbaik akan layak bersaing di pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan disertai negara tuan rumah iaitu China yang akan dilangsungkan nanti. 

Pasukan Malaysia bakal bertanding dengan pasukan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh di dalam kumpulan pasukan E. TV9 bakal menyiarkan kedua-dua perlawanan persahabatan serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan tanah air. Berikut adalah jadual perlawanan tersebut. 

TarikhPerlawananWaktu
27 Mei (Jumaat)Malaysia lwn. Brunei8:45 malam
1 Jun  (Rabu)Malaysia lwn. Hong Kong8:45 malam
8 Jun (Rabu)Malaysia lwn. Turkmenistan8:45 malam
11 Jun (Sabtu)Malaysia lwn. Bahrain8:45 malam
14 Jun (Selasa)Malaysia lwn. Bangladesh8:45 malam

Ayuh sama-sama kita menyokong skuad Harimau Malaya dengan menonton perlawanan yang disiarkan di TV9. Semoga pasukan Malaysia layak ke peringkat seterusnya di Piala Asia 2023. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

I Can See Your Voice Malaysia Musim Kelima Lebih Rancak

HONOR

HONOR Magic4 Pro Akan Dilancarkan di Malaysia Pada 1 Jun Ini