in , ,

TV9 Bakal Lancar Kempen Istimewa Sempena Bulan Ramadan Ini!

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan kerana pelbagai keistimewaan ditawarkan oleh Allah S.W.T sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Sempena sambutan bulan mulia ini, TV9 bakal melancarkan kempen Janji Berbaloi 149 yang dijadualkan berlangsung pada 8 April 2023 bertempat di ST Rosyam Mart, Sungai Buloh pada pukul 11.00 pagi

Janji Berbaloi 149 merupakan kolaborasi antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima.

Sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9, kolaborasi ini menawarkan tawaran harga paling hebat iaitu RM 1.49 untuk orang ramai membeli barangan memasak di bulan Ramadan. 

JANJI BERBALOI POSTER

Janji Berbaloi 149 akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan rakan selebriti program realiti masakan TV9, Dapur Tempur Ra-Ra iaitu Michael Ang dan Yasmin Hani.

Tidak dilupakan juga kehadiran Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart bagi merasmikan kempen ini.

Jangan lepaskan peluang anda kerana TV9 menawarkan pakej produk masakan harian kepada orang ramai yang bernilai hampir RM60.00, hanya dengan harga serendah RM1.49 sahaja!

Barang-barang yang ingin disampaikan melalui pek bantuan ini merupakan barang-barang yang biasanya digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur. Harga yang ditawarkan iaitu RM1.49 hanya sah pada 8 April 2023 sahaja. 

Berikut merupakan barangan yang terdapat dalam pek Janji Berbaloi 149:

  • Sirap Kordial 360ML
  • Minyak Masak 1KG
  • Tepung Gandum 1KG
  • Garam 300GM
  • Bawang Putih 450GM
  • Telur 10 Biji
  • Bawang Besar 1KG
  • Kicap Manis 325ML 
  • Beras 5KG
  • Santan Kelapa 500ML
  • Sos Cili 340GM
  • Gula 1KG
  • Krimer Manis 500GM

Pek ini adalah terhad dan setiap keluarga hanya boleh membeli satu pek sahaja. Jom ramai-ramai kunjung ke ST Rosyam Mart, Sungai Buloh, 8 April 2023 ini bermula pada 11.00 pagi dan bawa pulang pek Janji Berbaloi 149! Bagi menghangatkan lagi perbualan di media sosial pada hari tersebut, pengunjung boleh gunakan tanda pagar #JanjiBerbaloi149. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Tertumpah Pengilat Kuku

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Kembali ke Gold Coast, Terbang Terus Antara Malaysia & Queensland