in , ,

Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Tertumpah Pengilat Kuku

Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku Pada Pakaian Di Butik Levi’s

Terbaharu, Tomok telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya semalam mendedahkan situasi tidak terduga berlaku kepadanya di sebuah butik Levi’s di Mid Valley ketika dia sekeluarga membeli-belah di situ.

Menerusi video tersebut, Tomok mendedahkan bahawa dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik tersebut.

“Seluar dia berharga RM1,299 dan ia kena bukan pada satu, tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899,”

– TOMOK

Memahami dan akui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok bertanggungjawab membayar ganti rugi dan mengatakan dirinya tidak boleh beredar daripada butik tersebut selagi tidak membuat pembayaran.

Susulan itu, Tomok mengatakan dia mahu menjual seluar tersebut kerana saiznya terlalu besar untuknya tetapi akan jual dengan harga yang berbeza.

Difahamkan, koleksi yang terkena pengilat kuku itu merupakan Levi’s Vintage Collection (LVC) dan ia adalah Levi’s versi high end.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YONNYBOII

Isteri Tak Larat Ke Dapur di Bulan Puasa, Yonnyboii Urus Sahur Sendiri

TV9 Bakal Lancar Kempen Istimewa Sempena Bulan Ramadan Ini!