in

TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang

TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang & Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades

Stesen no. 1 negara, TV3 hari ini meraikan para pemenang peraduan SMS Tonton & Menang dan Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades di dalam satu majlis khas penyampaian hadiah wang tunai dan barangan elektrik kepada mereka yang terpilih.

Peraduan SMS Tonton & Menang telah dianjurkan oleh TV3 bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen TV ke 27 pada bulan Jun lalu kini telah mengenal pasti 3 pemenang utama yang bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM 17,000 manakala Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades yang masih rancak dijalankan turut meraikan 3 orang pemenang yang telah berjaya mengumpulkan mata tertinggi pada setiap 2 minggu. Mereka akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti Plasma TV 43”, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini.

Para Pemenang Peraduan Telenovela 'Bella Calamidades'

Melalui Peraduan SMS Tonton & Menang, para peserta hanya perlu menonton program-program hebat yang disiarkan sepanjang bulan Jun menerusi slot Mega Movie (Ironman, Ghost Rider, Mission Impossible lll, Anacondas: The Hunt For The Blood Orchid), Panggung Sabtu (Billu Barber, Ek Ajnaeeb, Armaan, Dil To Pagal Hai), Pesona 3 (Ayat-ayat Cinta, Lang Buana, Akhirat, Nana Tanjung), Pearl Screen (Gorgeous, The Storm Rider, Kungfu Hustle, Sniper) dan Movie Magic (Disney’s Get A Clue, Disney’s The Even Stevens Movie, Disney’s Dadnapped, Disney’s Den Brother) bemula dari 3 Jun hingga 27 Jun, 2011.

Langkah seterusnya, para peserta perlu menjawab 3 soalan berkaitan dengan filem yang disiarkan dengan tepat dan melengkapkan slogan, “Saya suka TV3 kerana…” Peserta yang berjaya menghantar penyertaan SMS paling tinggi dengan jawapan tepat sepanjang tempoh peraduan akan memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM10,000!
Berikut adalah senarai nama pemenang peraduan SMS Tonton & Menang:

Pemenang Tempat Pertama (Wang Tunai RM 10,000)
Riniwati Ridza (26 tahun)

Pemenang Tempat Kedua (Wang Tunai RM 5,000)
Zailiena Mohamed Razali (40 tahun)

Pemenang Tempat Ketiga (Wang Tunai RM 2,000)
Zukarfli Mohamad (49 tahun)

Untuk memeriahkan lagi siaran siri terbaru telenovela Sepanyol, Bella Calamidades sebanyak 140 episod, kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades turut dianjurkan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk para penonton setia slot petang TV3. Untuk menyertai kuiz tersebut, peserta hanya perlu menaip BELLA dan hantarkan ke 33399 untuk mendaftar sebelum menjawab semua soalan dengan betul selepas setiap episod bagi mengumpul mata. Peserta yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi akan dikenalpasti sebagai pemenang pada setiap 2 minggu.

Istimewa petang ini, 3 orang pemenang terpilih bakal membawa pulang Plasma TV 43’ Samsung (Azman Bin Idris, 43 tahun), Ketuhar Gelombang Mikro Panasonic (Suriani Binti Kamboh, 37 tahun) dan Peti Sejuk Mini Pensonic (Ahmad Fauzi Bin Mahat, 29 tahun). Bagi mereka yang belum berjaya, teruskan menonton dan sertai kuiz SMS Bella Calamidades ini kerana anda masih berpeluang untuk memenangi banyak lagi hadiah-hadiah menarik.

Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Saksikan cinta romantis Lola dan Marcelo untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya di slot Telenovela, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang.

Sesi penyampaian hadiah kepada 3 pemenang peraduan SMS Tonton & Menang telah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Siti Nurlisia Md Nadzri manakala Puan Hadzelynda Khairuddin pula untuk kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades.

Pemenang utama Peraduan Tonton & Menang Ulangtahun TV3 ke-27

Para Pemenang Peraduan Tonton & Menang Ulangtahun TV3 ke-27

Pemenang utama Peraduan Telenovela 'Bella Calamidades'

Para pemenang daripada kedua-dua Peraduan

Pemenang utama dari kedua-dua Peraduan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Menghilangkan Bau Peluh dari Rexona

Lirik Lagu Kartita AwanBand