in

Tips Menghilangkan Bau Peluh dari Rexona

Menentang lima punca peluh

Rexona memperkasakan warga Malaysia dengan realiti di sebalik pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi

  1. Enam daripada sepuluh warga Malaysia tidak menggunakan deodoran.
  2. 65% daripada rakyat Malaysia sering berjenaka tentang bau badan rakan-rakan mereka tetapi hakikat sebenarnya adalah mereka benar-benar serius tentangnya.
  3. Lima penyebab peluh (pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi) tidak dapat dielakkan dalam rutin harian dan mempunyai kesan tanpa disedari oleh individu.

Peluh membuatkan semua orang gelisah. Kaji selidik No Sweat yang ditauliahkan oleh Rexona baru-baru ini menunjukkan bahawa 65% daripada rakyat Malaysia sering berjenaka tentang bau badan kawan-kawan mereka tetapi hakikat sebenarnya adalah mereka benar-benar serius tentangnya. Selain itu, sejumlah 60% daripada orang ramai lebih rela menahan nafas mereka daripada berterus-terang tentang bau badan orang lain. Walau bagaimanapun, masih ramai yang percaya bahawa mereka tidak berpeluh dan tidak mempunyai masalah bau badan.

Rexona, sebagai deodoran nombor satu dunia, telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia tentang peluh serta akibatnya melalui sebuah majlis yang menekankan pengalaman peserta. Sebuah acara bertema “Don’t Sweat It with Rexona” telah dianjurkan untuk menjelaskan lima penyebab peluh dan membongkar mitos tentang bau badan. Acara ini juga diharap dapat membuatkan individu menilai semula dan seterusnya memperbaiki regimen penjagaan diri mereka.

“Di Malaysia, enam daripada sepuluh individu tidak menggunakan deodoran. Mereka ini mempercayai bahawa mereka tidak berpeluh disebabkan gaya hidup mereka yang tidak banyak bergerak serta tempat kerja yang berhawa dingin serta selesa. Ini sebenarnya tidak tepat sama sekali. Peluh adalah disebabkan oleh penukaran emosi, suhu dan pergerakan fizikal. Semua faktor ini tidak dapat dielakkan dalam rutin harian seseorang dan memberi kesan tanpa mereka sedari,” kata Chin Chern Yen, Pengurus Jenama Rexona di Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

Peluh sebenarnya tidak berbau. Walau bagaimanapun, peluh menjadi pencetus kepada bau badan apabila bertindak dengan bakteria yang hidup secara semula jadi pada kulit manusia. Bakteria ini menguraikan peluh, dan bau badan merupakan produk sampingan daripada proses ini. Hanya sedikit peluh sahaja mampu mendedahkan individu kepada risiko bau badan.

“Kajian telah menunjukkan bahawa seseorang individu itu tidak boleh mengesan bau badan mereka sendiri. Malangnya, kawan-kawan mereka sendiri pun malu untuk memberitahunya. Tiada siapa mengingini bau badan. Masalah ini sangat memalukan dan memberi kesan negatif kepada keyakinan diri seseorang. Oleh itu adalah penting bagi setiap orang untuk mengambil langkah pencegahan bagi melawan masalah bau badan,” Chin menambah.

“Melalui penemuan berdasarkan pengalaman ini, kami harap dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk menimbang semula amalan penjagaan diri harian mereka. Kehidupan tanpa bau badan adalah kunci kepada keyakinan diri untuk menangani cabaran harian dan mencapai apa sahaja yang dicita-citakan,” menurut Chin lagi.

Don’t Sweat It with Rexona direka bagi memberikan para pengunjung sebuah platform berdasarkan pengalaman untuk mengetahui lima penyebab peluh. Lima stesen telah direka khas untuk menonjolkan ciri-ciri pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi.

Para pengunjung turut mengambil bahagian dengan melakukan pergerakan menendang, memukul dan menumbuk di stesen permainan Kinect. Manakala di sebelah stesen ini kelihatan ramai tetamu yang sedang beraksi mengambil gambar Polaroid dalam suasana simulasi santai tepi pantai dan panas mentari. Tidak jauh dari stesen ini pula terletak zon kelembapan di mana pengunjung menikmati urutan tangan. Acara pada malam tersebut berakhir dengan tayangan filem penuh emosi bertajuk Dream House.

Peluh dan bau badan senang terjadi, tetapi lebih mudah lagi untuk dibendung. Para tetamu pulang dengan kepastian bahawa bukanlah mustahil untuk hidup tanpa bau badan, malah dapat kekal segar dan yakin sepanjang hari dengan Rexona.

###
Mengenai Rexona
Rexona adalah jenama deodoran terbesar dunia dari segi jualan dan bahagian pasaran, dengan kedudukan hadapan di lebih separuh daripada negara di dunia. Rexona merupakan satu-satunya deodoran yang dicipta secara khusus untuk keperluan lelaki dan wanita dengan rangkaian produk yang berkesan bagi setiap pasaran. Rexona merupakan jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, jenama terkemuka di Malaysia sejak 1947. Unilever Malaysia kini memiliki portfolio 13 jenama utama termasuk produk penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona, produk penjagaan rumah seperti Breeze dan produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady’s Choice, Planta dan Wall’s. Kebanyakan jenama ini turut menjadi jenama utama dalam kategori masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Buku Koleksi Doa Imam Besar Masjid Negara

TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang