in , , ,

TV3 Bakal Anjurkan Mom & Baby’s Day Out

Kaum ibu menjadi sanjungan setiap individu sebagai tulang belakang sesebuah keluarga, juga menjadi inspirasi di dalam mana-mana komuniti dan masyarakat. Dinobatkan sebagai antara hari peringatan terpenting di seluruh dunia, Hari Ibu disambut dengan begitu meriah dan penuh keceriaan.

Bersempena dengan sambutan hari ibu, TV3 ingin meraikan kaum ibu dengan acara “MOM & BABY’S DAY OUT”, sebuah acara istimewa untuk para ibu meluangkan masa berkualiti bersama anak tersayang. Berlangsung selama sehari, acara ini merupakan satu platform menarik bagi kaum ibu untuk saling berkongsi pandangan dan cerita, juga mendapatkan panduan, maklumat dan tips-tips mengenai penjagaan anak, di samping berhibur dengan persembahan kanak-kanak dan beraneka aktiviti keluarga.

Bermula pada jam 9.00 pagi, antara program-program yang dimuatkan ke dalam aturcara adalah seperti berikut:

9.00 pagi
Sesi Pendaftaran peserta bagi seluruh bahagian pertandingan

10.00 pagi
Gimik Sesi Pelancaran
Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk 7 orang bayi kurang bernasib baik

11.00 pagi
Konsert Mini Kanak-kanak (persembahan berkumpulan)

12.30 tengahari
Pertandingan Bakat Si Cilik (perseorangan, berumur dari 2 hingga 8 tahun)

2.30 petang
Pertandingan Bayi Paling Comel (Kategori Terbuka)

4.00 petang
Pertandingan Kostum Paling Kreatif (berumur dari 2 hingga 6 tahun)

5.00 petang
Acara Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

6.00 petang
Bersurai

Selain daripada acara-acara yang disenaraikan di atas, antara aktiviti-aktiviti menarik yang turut menanti para pengunjung adalah:

  1. Kids Inflatable Playground: Disney Princess & Shark Tale – Dua buah permainan kanak-kanak berbentuk belon gergasi; sebuah istana klasik Disney dan sebuah luncur air bertemakan Shark Tale.
  2. Pony-rides – Aktiviti menunggang anak kuda, khas untuk kanak-kanak, acara ini bertempat di luar perkarangan Sri Pentas dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
  3. Games Booths – Beraneka permainan kanak-kanak yang menghiburkan
  4. Face-painting – Khidmat lukisan muka dari pelukis profesional
  5. Pertunjukan Badut
  6. Sesi Tayangan Filem Kanak-kanak
  7. Pertandingan Mewarna kelolaan TV3 Kids

Acara ini akan dirasmikan oleh jemputan kehormat, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia serta turut diserikan dengan kehadiran artis seperti Dynas Mokhtar, Danny X-Factor dan ramai lagi.

Dynas

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelainan program ini, diminta jasa baik dari pihak tuan/puan untuk menghantar wakil wartawan dan jurugambar untuk membuat liputan di acara Mom & Baby’s Day Out pada:-

Hari/Tarikh : 22 Mei 2011 (Ahad)
Waktu : 10.00 pagi
Tempat : Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Danny X Factor Sebagai Ahmad Albob.1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Menarik Sempena Hari Wesak di RTM

Showdown 2011 Top 11 Crews Step It Up