in ,

TV2 Siar Red Cliff 2 Arahan John Woo

Kesinambungan jalan ceritanya yang dipenuhi dengan pelbagai strategi perang yang halus, aksi-aksi peperangan yang mendebarkan, motivasi dan disiplin ketenteraan yang mengkagumkan dikongsikan menerusi tayangan filem “Red Cliff 2” pada 9 Mac ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Menariknya filem arahan John Woo ini dibintangi pelakon-pelakon hebat yang berjaya membawa watak mereka dengan baik iaitu Tony Leung, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Lin Chi-ling, Zhao Wei, Hu Jun dan You Yong.

Tony Leung Chiu-Wai Watak Zhou Yu (Kiri) Dan Takeshi Kaneshiro Sbg Zhu-Ge Liang (Kanan).

Filem Red Cliff 2 Arahan John Woo, Kisah Pertarungan dinantikan Di TV2

Plot “Red Cliff 2” mengisahkan perang yang terjadi pada masa akhir Dinasti Han (208-209 M). Bermula dengan pasukan Perdana Menteri Cao Cao menyerang wilayah barat yang dikuasai Liu Bei. Pertempuran itu dimenangi oleh Cao Cao, sehingga Liu Bei dan rakyatnya tepaksa berundur dan meminta perlindungan kepada wilayah timur Wu. Kemudian atas saranan Zhuge Liang, penasihat Liu Bei, terjalin perjanjian antara Liu Bei dengan pemimpin wilayah timur, Sun Quan.

Mereka bersepakat untuk menyerang Cao Cao, dan pasukan mereka dipimmpin oleh jeneral serta panglima hebat, Gan Xing dan Zhou Yu. Disebabkan jumlah parajurit mereka terlalu sedikit dibandingkan pasukan Cao Cao, Zhuge dan Zhou harus membuat strategi untuk mengalahkannya. Termasuk menghantar Sun Shangxiang, adik Sun Quan, untuk menjadi mata-mata di wilayah musuh.

Di tengah cerita, diketahui bahawa penyerangan Cao Cao di Jurang Merah adalah kerana wanita. Cao Cao memiliki sebuah lukisan wanita cantik di rumahnya, dan ternyata lukisan itu adalah Xiao Qiao, isteri Zhou Yu.

Sehingga sebelum perang di atas Sungai Yangtse bermula, Xiao Qiao datang menemui Cao Cao (tanpa sepengetahuan suaminya) untuk memintanya menghentikan perang. Tapi Cao Cao menafikan bahawa matlamatnya bukan kerana wanita itu. Dia akan tetap berperang, kerana pertempuran itu melibatkan kehormatan dirinya.

Dalam pertempuran kali ini, kemenangan nyata berpihak kepada pasukan Zhou Yu. Pasukannya menyerang dengan api, dan membakar habis pasukan Cao Cao. Perdana Menteri itu kalah, dan diusir dari wilayah itu. Zhou Yu dengan besar hati tidak menjatuhkan hukuman mati kepadanya.

Ikuti banyak lagi babak dan aksi mendebarkan dalam filem ini.

Takeshi Kaneshiro...antara Watak Utama

Redcliff_2

Red_Cliff39

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Akademi Ke-89

Peraduan Premiere With Budiey – Filem KONG: SKULL ISLAND