in , , ,

TUJULOCA Kembali dengan Single Kedua Berjudul EMPATI

Setelah melancarkan single pertama mereka tahun lepas yang berjudul NALURI, kini TUJULOCA kembali dengan single kedua mereka yang berjudul ‘EMPATI’.

Single ‘EMPATI’ merupakan gubahan TUJULOCA sendiri dan diterbitkan oleh penerbit muzik hiphop masa kini, Ming dari MassMusic Studios. Single ini mempunyai muzik dan bunyi yang berbeza daripada single pertama mereka, NALURI. Ia lembut tetapi juga rancak dengan vibe Afrobeat.

TUJULOCA Kembali dengan Single Kedua Berjudul EMPATI

“TUJULOCA menulis lirik lagu ini berdasarkan perjalanan hidup kami yang banyak cabaran dan dugaan bersama. Kami seperti meluahkan segala-galanya di dalam lagu ini dan ia membantu kami untuk mengeratkan lagi hubungan kami di dalam kehidupan dan kami sama-sama belajar daripada kesilapan selama ini”, jelas Loca B.

‘EMPATI’ seperti yang kita tahu maksudnya adalah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

“Kami menggunakan kelebihan ini sebagai pencipta lagu untuk bersuara bukan saja untuk kami tapi untuk mereka di luar sana yang pasti pernah melalui dan mempunyai perasaan ingin memperbaiki diri sendiri”, jelas Tuju.

Single ini disiapkan dalam masa 2 minggu semasa dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Lagu ini adalah refleksi diri TUJULOCA dan mereka berharap agar orang di luar sana dapat mengaitkan lagu ini dengan kehidupan mereka dan dapat diterima oleh peminat walaupun rentak muziknya lain daripada lagu yang ada sekarang.

Single ‘EMPATI’ terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 OGOS 2020 manakala video muzik rasmi ‘EMPATI’ boleh ditonton di saluran Youtube Black Hat Cat Records bermula 26 OGOS 2020 yang lepas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerajaan Memutuskan PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Aina Abdul Gabung Dua Lagu dalam Satu Muzik Video MAYBE dan KELIP-KELIP