in ,

Kerajaan Memutuskan PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos bakal dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Keputusan ini dibuat berikutan adanya kluster yang tidak dijangka seperti Kluster Sivagangga, Tawar dan Sala di Kedah dalam mengelakkan penularan wabak COVID-19. Selain itu, pihak kerajaan juga sedia untuk memperketatkan lagi sempadan negara dengan menghalang pelancong asing memasuki negara.

Mengulas mengenai kadar kompaun, pihak kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar kompuan dua atau tiga kali ganda daripada kadar kini. Dalam pada itu, akta ini masih lagi akan diperhalusi begitu juga dengan Akta 342.

Kerajaan juga sedia untuk berunding dengan pihak pembekal pelitup muka dalam memastikan orang ramai mampu mendapatkan pelitup muka dengan harga yang lebih rendah. Tabung COVID-19 yang diurus NADMA juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020.

Pada bulan ini kerajaan telah mewajikan pemakaian pelitup muka di tempat awam dalam usaha untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Mira Filzah

TUJULOCA Kembali dengan Single Kedua Berjudul EMPATI