in , ,

Tuju Gaduh-Gaduh Manja dengan K-Clique Gara-Gara Jaga Rahsia Jadi Orang Utan

“Orang Utan Is The Best Ever!” – Amboi…Siap Ada Yang Puji, Dalam Topeng Orang Utan Pun Tuju Nampak Hensem

Pertandingan realiti The Masked Singer Malaysia telahpun melabuhkan tirainya semalam, namun sehingga hari ini aura Orang Utan, masih menjadi sebutan ramai.

Tambahan lagi selepas identitinya didedahkan dan rata-rata gembira kerana tekaan mereka tepat, Tuju merupakan pemilik watak Orang Utan.

Orang Utan sepanjang lapan minggu di pentas The Masked Singer Malaysia sering menjadi perhatian penonton kerana karakter yang cool dan swag!

Bukan biasa-biasa, walaupun hanya Orang Utan, juri juga selalu teruja untuk mengetahui siapa dia di sebalik topeng.

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Antara nama yang sering dikaitkan dengan Orang Utan sejak awal ialah pelakon Adlin Aman Ramlie, Khir Rahman dan Tuju sendiri.

Malam tadi sebaik sahaja keputusan diumumkan, Tuju yang juga anggota kumpula K-Clique itu telah memuat naik video di laman sosial Instagram (IG)nya, mengucapkan terima kasih kepada sokongan diberikan para peminat.

“Syukur Alhamdulillah for everything. Akhirnya selesai teka-teki malam ini! Terima kasih The Masked Singer Malaysia untuk pengalaman yang menakjubkan dalam hidup Tuju. Terima Kasih kepada yang menyokong dari minggu pertama hingga ke pentas akhir,” tulisnya.

Namun apa yang menarik perhatian Gempak ialah, reaksi warganet sebaik sahaja video Tuju menyanyikan lagu Sinaran tersebut dimuat naik.

Rata-rata meninggalkan komen teruja dengan Orang Utan dan memuji bakat dimiliki Tuju termasuk penyampai radio Hot FM, Haziq, yang mengusik penyanyi rap tersebut tetap kelihatan kacak walaupun di dalam topeng.

“Ni lagi sorang. Jadi orang utan pun hensem. Hahahaha…” tulis Haziq.

Selain itu pelawak Achey Bocey dan Shuib Sepahtu turut meninggalkan komen.

“Kau nakall!”, “Kau legend bah!!!!!!” usik Achey dan Shuib.

*Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Bernikah Pada 1 Januari 2021

Nak Makan Apa dengan RM500, Ada Yang Kata Pengeluaran KWSP Masih Tak Cukup