in

Nak Makan Apa dengan RM500, Ada Yang Kata Pengeluaran KWSP Masih Tak Cukup

Keputusan pengeluaran caruman akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan dilihat tidak memadai dengan kos sara hidup rakyat pada masa kini.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, walaupun pencarum dapat mengeluarkan simpanan, namun, ia masih mendapat banyak rungutan si dalam kalangan rakyat. 

Ujarnya, antara rungutan dan keluhan rakyat adalah jumlah RM500 itu tidak cukup untuk berbelanja di pasar dan membayar bil.

“Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 1 secara ‘one off’ sebanyak RM10,000 atau RM5,000.

“Jika tidak secara ‘one off’, pengeluaran sewajarnya dibenarkan sekurang-kurangnya sebanyak RM2,000 sebulan untuk tempoh masa selama lima bulan, ia memadai untuk membantu kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hairi menambah,  pengeluaran RM500 itu mungkin sekadar cukup makan dan tidak membantu rakyat yang begitu terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Katanya lagi, lebih mengecewakan rakyat apabila kemudahan yang tidak seberapa itu dilakukan pula secara bersasar hanya untuk mereka yang hilang pekerjaan. 

“Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja atau berniaga namun menghadapi kesempitan hidup berikutan pandemik ini? katanya.

Sementara itu, Mohd. Hairi terkejut apabila peruntukkan RM 81 juta diberikan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan  kerajaan wajib memberikan penjelasan yang jelas berkenaannya kepada rakyat.

Beliau menegaskan Belanjawan 2021 tidaklah boleh dikatakan sebagai belanjawan rakyat kerana gagal memenuhi golongan bawahan termasuk peneroka Felda.

“Saya ambil contoh peneroka Felda yang akan menerima manfaat daripada penghapusan faedah hutang dan ia bukanlah melibatkan semua peneroka. 

“Golongan mahasiswa pun tiada inisiatif dilaksanakan kerajaan kepada mereka apabila tiada pengumuman MyBrain, Bantuan Khas Prihatin, Kad Prihatin Siswa, baucar buku serta insentif pelajar menyewa luar kampus,” katanya.

Mohd. Hairi berkata, rakyat sekali lagi kecewa apabila tiada pemberian moratorium secara automatik seperti yang diberikan pada April hingga September lalu.

*Sumber: UTUSAN

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tuju Gaduh-Gaduh Manja dengan K-Clique Gara-Gara Jaga Rahsia Jadi Orang Utan

Celcom Tawar Pengecas Apple 20W Percuma Bersama Pra-Tempahan iPhone 12