in , ,

Tudung Fazura Laku Keras, 80,000 Helai Habis Diborong Dalam Masa 2 Jam!

Semalam, pelakon Nur Fazura telah melancarkan secara rasmi koleksi tudung Merdeka di bawah jenama miliknya iaitu Tudung Fazura. Apa yang mengejutkan, tidak sampai 3 jam dilancarkan, kesemua tudung habis terjual. Wow! Tahniah!

Jam 3 dilancarkan, pukul 7 dah habis licin! Itulah rezeki yang berpihak kepada pelakon jelita Nur Fazura yang mampu menghela nafas lega apabila tudung rekaannya terjual habis dalam tempoh empat jam sahaja!

Menerusi kemaskini akaun rasmi Instagram Fazbulous (@fazbulouscom), tudung square scarves yang diberi nama Jauharah itu mendapat sambutan luar biasa selepas dilancarkan pada Rabu.

Pihak pengurusan turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang membeli koleksi tersebut sehingga habis terjual.

Tudung Fazura Laku Keras, 80,000 Helai Habis Diborong

Difahamkan, 80,000 helai tudung telah habis diborong peminat dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa kecewa kerana gagal mendapatkan koleksi tudung tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pihak pengurusan meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendapatkan koleksi tersebut. Diruangan komen, ramai yang kecewa kerana tidak sempat untuk mendapatkan koleksi tudung Fazura itu.

Tudung Fazura Laku Keras, 80,000 Helai Habis Diborong

“Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian,”

Demikian ucapan terima kasih dengan nada sebak dan air mata berguguran, Fazura kepada orang ramai apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak dapat menahan emosi apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tudung Fazura Laku Keras, 80,000 Helai Habis Diborong

“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,”

– Fazura

Jumlah jualan bagi 80,000 helai tudung itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta. Perkara itu didedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam akaun Twitter.

“Dalam 2 jam 80,000 helai dah ‘sold out’, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang,”

“Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,”

Tudung Fazura Laku Keras, 80,000 Helai Habis Diborong

Meninjau ke laman Twittier, rata-rata mengakui teruja bagi mendapatkan koleksi berharga RM27 sehelai itu yang disifatkan berbaloi untuk dimiliki berbanding tudung ‘kayangan’ lain.

Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Dedah pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddinnya, angka 27 itu mempunyai nilai sentimental buat dirinya iaitu tarikh ulang tahun kelahirannya serta tarikh Fattah melamarnya. 

Untuk pengetahuan anda, koleksi tudung Merdeka ini dihasilkan daripada Japanese Cotton Voile dengan 9 corak eksklusif dijual pada harga RM27 sahaja. Dijual dengan harga murah mungkin menjadi faktor para peminat dapat membelinya sehingga ‘sold out’.

Difahamkan tudung bawal itu akan di ‘restock’ dalam masa terdekat di atas permintaan ramai. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazli Zainal Keluar Hospital Selepas Hampir Sebulan Bertarung Melawan Covid-19

Pelakon Nynaa Harizal Selamat Nikah