in , , ,

Video Pertama Gelagat Fatima, Anak Fazura & Fattah Ditonton Hampir 900,000 Tontonan

Sekian lama peminat menantikan perkongsian wajah anak pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin ternyata pada awal Januari lalu pasangan pelakon sama cantik, sama padan itu mendedahkan wajah puteri mereka yang diberi nama, Nur Fatima Aisya.

Selepas mendedahkan wajah Nur Fatima Aisya kepada umum nampaknya orang ramai tidak puas untuk melihat puteri kesayangan Fazura itu yang semakin membesar. Umum sedia tahu bahawa Nur Fatima Aisya dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun pasangan terbabit mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun posting Fazura nampaknya mengundang orang ramai meninggalkan ribuan reaksi kepadanya selepas memuat naik video rakaman pendek cahaya mata sulungnya itu diruangan Instagram peribadinya yang telah mempunyai jumlah pengikut mencecah 5.5 juta.

Fatima, Anak Fazura & Fattah

Posting Fazura yang memaparkan video gelagat Fatima yang dikongsikan dalam masa yang sekejap sahaja itu ditonton hampir 900 ribu kali sehingga juga mendapat hampir 200,000 tanda suka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah Dua Tahun, Shuib Umum Meninggalkan Hot FM, Mahu Fokus Kepada Perniagaan

Universal Music Malaysia & Allianz Malaysia Bangkitkan Semangat Menerusi Single WE CARE