in ,

Trivia: Beg Emas Lisa Surihani

Okay, ramai yang jawab dengan betul untul trivia yang lepas. Jawapannya, Lisa Surihani, salah seorang pelakon drama yang membintangi drama 3 Janda yang menemui penonton Astro Prima pada setiap Rabu pukul 10 malam mulai 22 April ini.

Lisa kata, dia tengah kumpul duit untuk beli rumah. Tengah fokus dengan karier seni lakonnya dan kalau ada rezeki, Lisa nak sambung belajar lagi. Nak jadi peguam.

3513790237 8593Eff2Ca | 4

Drama hasil tulisan Siti Jasmina dan arahan Joeza ini dilakonkan oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Norliana Samsudin, Awal Ashaari, Abu Bakar Omar dan Rozita Che Wan. Drama ini mengisahkan tentang tiga adik beradik perempuan iaitu Kartika lakonan Rozita Che Wan, Intan (Lisa Surihani) dan Suria (Norliana Samsudin) yang menjadi janda kerana masalah peribadi. Kisah ini diadaptasi dari pengalaman pahit manis janda-janda di Malaysia.

Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan termasuklah karenah ibu bapa mereka dalam mengharungi kehidupan seharian yang mencabar selepas bergelar janda. Meskipun berkisar tentang kehidupan janda, Joeza berkata, drama bersiri itu tidak bermaksud mendedahkan kelemahan golongan terbabit. Sebaliknya, drama bersiri itu yang bergenrekan komedi mempunyai banyak nilai pengajaran yang boleh dititip oleh para penonton saluran televisyen berbayar tersebut.

Jangan lupa tonton!

Terbaru, pelakon 23 tahun ini akan berlakon dalam filem LAGENDA BUDAK SETAN yang diadaptasikan dari novel remaja popular. Pengambaran tak lama lagi dan Lisa Surihani sedang teruja dan sibuk buat persiapan baca skrip.

Lisa akan berganding dengan Farid Kamil dan Fazura. Ini adalah kali ke-4 Lisa dan Farid digandingkan. Memang serasi tapi hanya di filem dan drama sahaja. Kat luar, Lisa dan Farid tak bercinta pun. Itu hanya gossip.

3511738972 3Cfffcdd7D | 5

Merah dan Lisa jadi HOT!

3511740638 22Afd80Cc6 | 6

Manis Si Lisa

3510928129 7B5E3C5Ff7 | 7

Sentiasa ibu di samping. Selamat Hari Ibu

3510931119 8E9E8D2920 | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Belasmu Nikki

Gambar Sekitar Burberry The Beat Talent Search Contest di Sogo KL