in ,

Gambar Sekitar Burberry The Beat Talent Search Contest di Sogo KL

Burberry The Beat Talent Search Contest telah pun berlangsung di Sogo KL pada 28 April lalu. Bakat baru telah ditemui. Juri sepakat suara memilih Ulfa sebagai juara untuk tahun ini. Sebab vokal Ulfa outstanding, unik dan persembahannya mantap. Bukan sebab itu juga, gaya fesyen Ulfa lewat sore itu buat semua terpukau ranggi dan berjiwa remaja. Itu yang disukai Burrberry!

Habuannya, memang lumayan habis! Produk Burrberry bernilai ribuan ringgit. Pendek kata, pemenang akan berbau harum disimbahi haruman ghairah mewangi sepanjang masa. Itulah Burrberry!

Tahniah buat semua pemenang.

Tetamu istimewa yang turut hadir ialah Levy Li Su Lin, pemenang tempat pertama Miss Malaysia Universe 2008/2009.

3514293117 2Fdab84E1A | 4

3515009292 1F0C1B837A O | 5

Ask Me Again, band indie pertama yang membuka tirai. Muzik gempak giler. Boleh pergi jauh. Bawa lagu Harapan dengan penuh semangat.

3514201867 D35Fe14Ea6 | 6

Ini bukan Faizal Tahir… tapi Azmi Tahir atau mahu dikenali sebagai Kaiser. Bawa lagu Langit dan Bumi. Satu persembahan yang buat si gadis semua tersenyum.

3514202029 De2365B9F3 O | 7

Persembahan ke-3 pada petang itu, Sonic Star Radio Jamm yang dianggotai 4 anak muda berbakat.

3514202323 E1De803E19 | 8

Chris Wong, satu-satunya peserta solo berbangsa Tiong Hua yang membawa lagu Datuk Sheila Majid berjudul Sinaran. Seksinya bukan main dengan gaya elegan kain sutera biru. Memikat tapi kekurangan aura. Suara pun macam biasa-biasa.

3514202591 6B5F221E94 | 9

Gregory Giring, peserta kedua lelaki yang membawa lagu rock Kadazan Dusun. Penampilan kemas seperti staff pejabat tidak menepati citarasa dan tema jiwa remaja yang cool. Walaupun lontaran vokal boleh tahan dan lagu yang sesuai dengan audien.

3514202883 772Ab03545 | 10

Ulfa, seorang pendatang baru yang mengembara jauh dari Selatan. Johor negeri kelahiran dan Ulfa katanya akan terus mencipta nama dalam dunia nyanyian dengan gelaran juara pada tahun ini. Membawa lagu Since You’ve Been Gone, sebuah lagu bernuansakan Pop Rock, ternyata dengan vokal yang mantap dan sempurna membuatkan Ulfa diberi peluang. Tahniah Ulfa!

3515010740 D794E9Bb2E O | 11

In Fuse buat gempak dengan persembahan unik. Lain dari yang lain.

3514203151 C016C2A807 | 12

Xamido juga tidak kurang hebat. Mendendangkan sebuah lagu Jepun yang hypenya buat kita turut berdansa. Irama catchy lagu Joyride bikin pertandingan ini seperti diadakan di Tokyo Jepun. Namun, ramai yang tak tahu bahawa band ini adalah berasal dari Indonesia. Terdiri daripada pelajar kolej yang sedang menuntut di kolej di KL. Diketuai oleh vokalis berbadan gempal, Ikhsan Perdana. Juga dilatari oleh pemuzik kreatif iaitu Anugrah Swastadi yang kuar study, juga Marcellino Nugraha, Ferui Lau dan Cliff Wong. Sebuah bang yang berbakat. Dah ada album?

3515011054 Efefe69Dcb O | 13

Secret Violet, itulah nama band ini. Vokalnya serak-serak basah. Kadangkala kedengaran begitu rabak. Tapi kenalah dengan lagu malar hijau Hati Emas. Mudah diikuti oleh audien, pesembahan yang happening kerana ada sambutan hangat dari audien.

3514203405 99D90B9219 O | 14

Pertandingan diakhiri dengan nyanyian dari band yang menggelarkan diri mereka, Rizzuan’s Band.

3515011564 8Cbf93Fda7 | 15

Diawali dan diakhiri dengan nyanyian dari IZ OIAM. Gonna be Alright, sebuah lagu yang diselitkan dengan bahasa Cina didendangkan dengan gaya unik IZ. Trademark Iz… buka mulut luas-luas supaya vokal keluar dengan cemerlang.

3514203887 E6991E66B9 O | 16

Dan pemenangnya ialah… ini dia tempat ketiga… Rizzuan’s Band!

3514203979 Fdb97767Cb O | 17

Tempat kedua disandang oleh Ask Me Again.

3514204139 06E8B35B5B O | 18

Juara: ULFA~! Unik namanya… berbaloi datang jauh dari Johor! You rock beb!

3515012058 52B848Dbf9 O | 19

Sebuah pertandingan yang ingin mencari bakat baru telah berjaya dicapai oleh Burrberry. Diharap semua band dan vokalis solo teruskan usaha untuk menajamkan persembahan mereka. Citarasa Burrberry ingin merealisasikan harapan dan inpirasi mereka untuk terus tampil cool dan berjiwa kental.

Jumpa lagi tahun hadapan!

Sudah dapatkan haruman The Beat Men? Pergh! Bertuah dapat hadir dan jadi salah seorang juri dan semua media dapat merasa untuk membawa pulang sebotol haruman lelaki The Beat Men!

Akan datang… nantikan haruman The Beat untuk wanita!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Beg Emas Lisa Surihani

Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos