in ,

[Travel] Review Platinum Hotel & Suites Melaka

Bandaraya Melaka semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Seiring dengan kedudukannya sebagai bandaraya bersejarah, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan.

Banyak hotel baru berkonsep kolonial mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.Tersergam mewah di Jalan Baiduri di kawasan baru yang dikenali sebagai Pulau Melaka, adalah The Platinum Hotel and Suites, sebuah hotel terkini yang agak baru sahaja menyertai senarai tempat-tempat penginapan terbaik di situ.

[Travel] Review Platinum Hotel & Suites Melaka

Bangunan yang kelihatan mirip sebuah rumah agam kolonial itu dilengkapi dengan 206 bilik mewah sahaja dan mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata.

Dengan jumlah bilik yang sangat banyak, penginapan di sini menjadi lebih meriah dan sesuai buat keluarga juga. Kaya dengan nuansa Eropah, ia bersesuaian dengan warisan bandar Melaka yang mempunyai banyak percampuran budaya Eropah dan Asia.

[Travel] Review Platinum Hotel & Suites Melaka

Hotel ini mempunyai lokasi yang tidak jauh dari pusat bandar dan berdekatan dengan pelbagai tempat makan dan pusat membeli-belah terbaru.  Ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti kolam renang dalaman dan luar serta sebuah gimnasium.

Kesemua bilik-bilik dihias indah dan mempunyai ruang yang luas selain semua mempunyai kelengkapan moden dan terkini untuk keselesaaan para tamu.Semestinya, kemudahan wi-fi percuma juga tersedia di seluruh hotel untuk kemudahan pengunjung.

[Travel] Review Platinum Hotel & Suites Melaka

Untuk menjamu selera, tamu boleh singgah di The Straits Cafe untuk mencuba sendiri hidangan lazat yang disediakan oleh pihak hotel.Pendek kata, The Paltinum Hotel & Suites ini lengkap dengan segala-galanya.

Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!

[Travel] Review Platinum Hotel & Suites Melaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hatta Dolmat Raya Luxe 2019

Pelancaran Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel & Pelancaran JakelStore.My