in ,

[TRAVEL] Pengalaman Baru di Dorsett Hartamas

Terletak di dalam kawasan Hartamas tidak jauh dari pusat bandaraya Malaysia, Dorsett Hartamas membuka pintunya kepada seluruh dunia baru-baru ini.

Ia merupakan hotel terbaru di bawah jenama Dorsett yang cukup terkenal di Malaysia. Hotel berbintang empat ini mempunyai 290 bilik yang dihias mengikut gaya temporari masa kini.

Lebih chic dan bergaya dengan penampilan yang lebih segar, kesemua bilik direka sambil memikirkan keselesaan para tamu yang menginap. Selain luas dan berfungsi, ia juga lengkap dengan segala keperluan harian termasuk sambungan WiFi serta pilihan bantal-bantal terbaik untuk beristirehat dengan nyenyak.

Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

Ruangan menjamu selera hotel iaitu Table Talk di tingkat mezanin menjadi tumpuan untuk sarapan dan pesanan makanan yang lazat.Di tingkat paling atas pula terdapat kolam renang luas dengan pemandangan yang hebat selain ruangan khas buat kanak-kanak.

Terdapat juga restoran Chakri Palace di sebelah kolam renang yang menyajikan makanan Siam terhebat dengan pemandangan istana negara yang menakjubkan.Selain itu lokasi hotel ini juga sangat strategik kerana disambungkan dengan sebuah jambatan ke pusat membeli-belah Hartamas Shopping Centre di seberang jalan.

Dorsett King. Dorsett Hartamas (o)

Ia juga dihubungkan dengan bas penghantar dari stesen MRT Pusat Bandar Damansara. Ini memudahkan lagi para tamu untuk membeli-belah serta mencari tempat makan jika mahu.

Tidak ketinggalan juga ada tersedia bilik-bilik mesyuarat buat tamu perniagaan yang ingin mengadakan perjumpaan atau seminar penting.

Secara umum, hotel Dorsett Hartamas ini memang sesuai untuk dijadikan destinasi penginapan sekiranya berkunjung ke Kuala Lumpur dan ingin berada di kawasan sempadan antara Kuala Lumpur serta Petaling Jaya.

Disediakan oleh: Shah Shamshiri

Function Room Foyer_2
Swimming Pool_Night View
Table Talk_1 (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Popular Meriahkan KONSERT EVOLUSI 73

Fitbit Announces Availability of New Wearables & Affordable to More Consumers in Malaysia