in ,

Trailer Rasmi Filem POLIS EVO 2 Dilancarkan Hari Ini

Hari ini Astro Shaw telah keluarkan treler rasmi Polis Evo 2 buat peminat dan penonton yang menantikannya.

Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem terbaru iaitu Polis Evo 2 bermula 22 November 2018 ini. Filem yang diarahkan oleh pengarah Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan para pelakon yang berwibawa hasil gabungan 3 buah negara dimana daripada Malaysia menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli. Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman.

Manakala pelakon Indonesia lain yang membintangi filem ini ialah Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Polis Evo 2 mengisahkan tentang Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung.

Mereka bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Saluran TV Baru NAURA

Sleek & Stylish: The New HP ENVY x360 13