in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Saluran TV Baru NAURA

Astro Perkenal ‘Naura’, Saluran Gaya Hidup Muslim Kontemporari. Tawar kandungan Islamik penuh inspirasi dan berinformatif dari dalam dan luar negara

Istimewa pada 1 Oktober ini, Astro bakal memperkenalkan sebuah lagi saluran baharu, ‘NAURA’ (saluran 125) yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara.

Yang Menarik di NAURA

Seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi program yang memaparkan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, dokumentari, program bual bicara santai dan ceramah daripada tokoh ilmuwan terkemuka dari dalam dan luar negara, program adaptasi buku Islamik terlaris serta kandungan ringkas lagi padat yang menjawab persoalan asas mengenai Islam.

Naura Logo Gold PNG

Menariknya mengenai tawaran seleksi program di NAURA, setiap kandungan yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan.

Selain itu, program di NAURA turut menampilkan ramai personaliti hit masa kini daripada pelbagai latar belakang berbeza yang sering dijadikan sumber inspirasi buat masyarakat Muslim terutamanya dalam kalangan generasi muda seperti Mizz Nina, Alif Satar, Hana Ismail, Ayesha Syahira, Aida Azlin, Noor Tagouri dan pendakwah bebas seperti Yasmin Mogahed, Nouman Ali Khan, Mufti Menk, Liyana Musfirah, Tamliikhaa Khamsani serta ramai lagi.

#DoneDakwah - Alif Satar

NAURA tidak hanya membawakan kandungan tempatan sahaja tetapi juga antarabangsa. Antara kandungan tempatan yang ditawarkan adalah ‘Naura Shares’; program perkongsian dari hati yang akan berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton oleh individu seperti Min Luna, Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Kamal Affendi dan Siu Lim, ‘Inspires’; program gaya hidup yang menampilkan personaliti Muslim dari pelbagai negara dengan latar belakang berbeza.

Selebriti Popular Bakal Hiasi NAURA

Tidak ketinggalan, rancangan bual bicara ‘Quran Tag with Ayesha & Ustazah Liyana Musfirah’ yang memaparkan cara unik untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran bersama selebriti muda seperti Sarah Suhairi, Aiman Tino dan As’ad Motawh serta rancangan variasi ‘Dua’s of the Believer’ yang memaparkan kisah perjalanan hidup yang dipilih oleh wanita-wanita hebat seperti Mizz Nina, Siu Lim dan Memem Khan. ‘Tuesday Love Letter’ pula merupakan adaptasi ‘newsletter’ dengan tajuk yang sama oleh penulis Aida Azlin yang dihantar kepada pengikutnya pada setiap hari Selasa.

Bagi tawaran kandungan Islamik antarabangsa pula, antaranya adalah ‘5 Times Salah in A City’; rancangan berkonsepkan ‘travelogue’ yang membawa penonton meneroka lima buah masjid dalam tempoh solat lima waktu, ‘Al Baqarah Series with Nouman Ali Khan’; kupasan terperinci ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah oleh Ustaz Nouman Ali Khan, ‘Grand Mosque’; memaparkan kisah 40 bandar di Anatolia dan menyingkap sejarah tamadun masa lalu serta pelbagai program menarik yang lain.

Selain itu, NAURA juga menawarkan kandungan faktual terbitan IQRAA TV yang memaparkan pelbagai topik menarik antaranya sejarah Mekah dan Madinah, kisah hidup para Rasul dan Nabi serta zaman kegemilangan tamadun Islam.

Dua's of the Believer - Ayesha Syahira & Mizz Nina

Mengulas mengenai pengenalan saluran baharu ini, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Astro- Islamik, Wanita dan Gaya Hidup, Azlin Reza Azmi berkata, “Tercetusnya inspirasi untuk memperkenalkan saluran NAURA ini apabila kami melihat satu perubahan dalam gaya hidup masyarakat Muslim masa kini.

Mereka dilihat lebih moden, berani bereksperimentasi, semakin berfikiran terbuka dalam segala hal baik daripada segi fesyen atau dalam melontarkan pendapat, pilihan gaya hidup dan sebagainya. Namun, dalam masa yang sama mereka masih utuh dengan pegangan agama dalam menjalani kehidupan seharian dan sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi Muslim yang lebih baik.

Akhirat Tak Dilupa

Justeru itu, NAURA hadir untuk memberikan sokongan terhadap perubahan gaya hidup positif ini dengan menawarkan pelbagai kandungan Islamik yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Program-program yang kami hasilkan untuk saluran NAURA dirangka dengan teliti dan mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya bukan hanya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia malahan komuniti Muslim seluruh dunia.

Untuk memantapkan lagi seleksi program, kami turut membawakan program-program Islamik terbaik dari seluruh negara seperti Arab Saudi, Turki, China dan Amerika Syarikat. Menarik lagi, 60% daripada kandungan program di NAURA adalah dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam Bahasa Malaysia. Semoga NAURA dapat menjadi ‘one-stop’ (pusat sehenti) platform dalam memenuhi gaya hidup dan kehendak spiritual masyarakat Muslim masa kini.”

Saluran NAURA boleh didapati dengan melanggan pek Mustika dengan harga langganan serendah RM 12.95 sebulan*.

Selain NAURA, pek Mustika turut mengandungi saluran Astro Warna, saluran komedi nombor satu di Malaysia dan Astro Citra, saluran yang membawakan kombinasi tajuk-tajuk filem ‘blockbuster premium’ tempatan serta antarabangsa, drama epik dan siri mini asli.

Astro Citra kini boleh ditonton dalam kualiti definisi tinggi (HD) menerusi Citra HD (saluran 126) bermula 1 Oktober 2018. Nikmati NAURA secara percuma mulai 1 – 14 Oktober 2018.

Dua's of the Believer (Mizz Nina)

Naura Share (Ustaz Tamliikhaa)

Quran Tag - Izzue Islam

Quran Tag - Sarah Suhairi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Jayakan Konsert Lazada 11.11 Shopping Festival

Trailer Rasmi Filem POLIS EVO 2 Dilancarkan Hari Ini