in

Trailer Filem BANGUNAN Arahan Khir Rahman

Sekarang ini, sedang berlangsung di pawagam yang baru sahaja dibuka pada pagi tadi, Golden Screen Cinemas (GSC) Nu Sentral sedang berlangsung Prebiu Media filem terbaru arahan Khir Rahman dan Sein Qudsi bertajuk BANGUNAN.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Golden Screen Cinemas atas pembukaan outlet yang terbaru. Kalau pagi tadi, Budiey menonton filem Project Almanac yang memanipulasikan perjalanan masa, malam ni moh kita tonton pula filem seram. Hehe.

Filem bergenre seram ini dibintangi oleh Khir Rahman, Syed Hussien, Aqasha, Osh, Yusran Hashim, Azmi Musa, Wan Shahidi dan ramai lagi diterbitkan oleh Excellent Pictures.

Filem ini menggarap kisah Khir Rahman, Sein dan Aqasha ketika menyiapkan produksi sebuah filem. Mereka kemudiannya mengubah hala produksi tersebut ke arah kisah aneh yang dialami mereka di sebuah bangunan.

Bakal menjengah ke pawagam seluruh Malaysia pada 05.02.2015.

Suatu temuramah rambang untuk proses kreatif sebuah produksi filem, telah menemukan suatu pengalaman lain dari yang dijangka, lalu mengubah hala produksi tersebut ke arah kisah aneh di sebuah Bangunan. Apa yang bakal anda saksikan bukan berasal dari sebuah skrip.. kitaorang lalu benda ni, kita orang kongsi.

Bangunan akan ditayangkan di pawagam berdekatan pada 5 Februari 2015.

Directed by:
Khir Rahman
Sein Qudsi

Starring:
Khir Rahman
Sein Qudsi
Aqasha
Yusran Hashim
Osh
Azmi Musa
Wan Shahidi

Trailer Filem BANGUNAN Arahan Khir Rahman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROAD TO RAMLEE Lakonan Iedil Putra Episod 1

Aksi Lasak Shailene Woodley Dalam Filem INSURGENT