in ,

Tragedi Pierre Andre ‘Diserang’ Zubir di Pra Tonton Selamat Pagi Cinta

Terkini lagi sensasi! Sebaik sahaja sidang media Pra Tonton Filem Selamat Pagi Cinta tengahari tadi berakhir, semua wartawan telah ‘mengadap’ Pierre Andre untuk bertanyakan tentang kontroversi yang melanda dirinya termasuklah wartawan Bi Pop – Berita Harian, Zubir. Budiey kira ini adalah kali pertama pertemuan media bersama dengan Pierre setelah isu kontroversi meletop-letop tentang Pierre bercinta perempuan misteri bernama Maya.

Budiey pun mulanya hairan dengan kehadiran wartawan sensasi ini. Terdetik dalam hati, mesti ada sesuatu yang tidak kena dan akan berlaku. Budiey dapat rasakan sesuatu akan berlaku apatah lagi melihat dengan gaya dan reaksi yang agak mencurigakan dari air muka Zubir.

Dan segalanya terjawab apabila setelah selesainya interbiu bersama media, Zubir telah bangun lalu dan mengatakan dengan nada yang agak tinggi, “Dua wartawan dur***** yang dimaksudkan oleh Pierre Andre adalah saya dan Michelle.

Kemudian, Budiey terdengar Pierre bercakap sesuatu kepada wartawan dalam nada berbisik. Sementara Zubir pula menerjah berkali-kali menggesa supaya Pierre bercakap benar di hadapan media. “Jangan jadi hipokrit Pierre. Baik kau buat pengakuan di hadapan semua media!”

Ketika itu, Pierre telah bangun dan menyuruh pembantunya untuk merakam percakapan antara dia dan Zubir. Kemudian, Pierre Andre cakap dia tidak mahu berkata apa lagi selain… “Inilah yang saya maksudkan (wartawan yang tidak beretika).”

Ketika Pierre Andre ingin meninggalkan wartawan, beberapa pembantu Pierre telah menarik Pierre untuk keluar dari Restoran Lemon. Namun, wartawan ruangan gossip itu menghalang Pierre dari keluar sambil berkata, “Baik buat pengakuan sekarang, Pierre!”

Kemudian, Pierre Andre bersama dengan beberapa orang pembantunya meluru laju keluar dari restoran Lemon, The Mines tetapi diikuti dan terus dikejar oleh Zubir sepanjang 20 meter yang bertalu-talu inginkan kepastian dan pengakuan dari Pierre. Sekali lihat macam ada tragedi rompakan kedai mas pulak kat The Mines. Semua pengunjung kat situ nampak tertanya-tanya dengan aksi kejar mengejar. Ingat ke ada pengambaran filem. Kalau ada pengambaran pun, mesti tajuk dia akan tukar jadi…”Jangan Terjah!”

Sebenarnya tadi, Pierre Andre pun naik bengang sebab ekoran dari isu terjah di lokasi Jangan Tegur, Pierre tidak dapat melunaskan beberapa scenes dan shot untuk filem tersebut. Ekoran dari itu, hanya 90% sahaja yang diarahkan oleh Pierre dan selebihnya oleh orang lain yang dilantik sendiri oleh Metrowealth. Itu yang buat Pierre mahu membuat tindakan mahkamah terhadap wartawan yang datang mengganggu kerjanya pada pagi tersebut.

Budiey lihat pada ketika semua wartawan agak terdiam di tempat duduk dan masih panik. Cuma ada dua orang sahaja kameraman dan ada satu video kamera merakamkan peristiwa ini. Terdengar di telinga Budiey, ada wartawan cakap, Zubir terlalu desperate sangat untuk mengorek cerita dan tak patut bertindak sedemikian rupa. Sebab pada masa itu Pierre dah cakap, dia akan buat sidang media khas tentang isu tersebut.

Sebenarnya, Budiey pun panik dan tak dapat buat apa-apa. Cuma sempat merakamkan dua keping gambar sahaja dan merakam satu video peristiwa tersebut.

Ini ada dua gambar yang Budiey rakam… lepas tu panik… then terus kejung… melihat detik-detik yang begitu dramatik dan mendebarkan… mau kalah citer James Bond – Quantom of Solace… Huhu!

“Pierre, u sudah ganggu kerja-kerja wartawan!”

 

Nak tengok klip video? Haaa… ni dia…

Budiey suka sekali baca blog Saniboey dan dia pun ada komen pasal isu ini:

“Tahap kebodohan cerita tentang Pierre ini is one thing tapi tahap kebodohan nilai journalism yang diamalkan oleh kedua-dua wartawan ini lagi busuk. Aku ni bercakap bukan sekadar bercakap tapi aku tahu apa aku cakap. Aku jadi wartawan pada 1991 dan saat itu Zubir ni masih kerja eksekutif di Human Resource di NSTP dan aku fikir Michelle masa tu masih tak pandai basuh kencing lagi.”

Korang boleh baca komen lanjut Saniboey di:
http://akubimbo.blogspot.com

===

Tulisan Zubir di Bintang Popular:

SEJAK Ogos lalu apabila media mendedahkan gosip ‘percintaan’ pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre dengan seseorang yang dikenali sebagai Maya Darina Dahlan Hain, beliau sukar ditemui dan sering mengelak untuk ditemubual wartawan bagi mendapatkan pengesahan siapakah sebenarnya Maya? Maya juga sering dikaitkan sebagai gadis sama yang bernama Elie, Molie dan Melia. Persoalannya, apakah benar Maya Darina wujud atau sekadar ilusi Pierre atau cuma gosip semata-mata?

Namun, akhirnya Pierre hadir dan bersedia menemui wakil media selepas majlis pratonton filem lakonannya, Selamat Pagi Cinta di Tanjung Golden Village (TGV), Seri Kembangan, 5 November lalu. Selain Pierre, turut hadir ialah pelakon lain filem itu seperti Nur Fazura, Que Haidar dan Sharifah Amani, selain pengarahnya, Norliana Samsudin atau Yana, bekas kekasih Pierre.

“Saya tak suka tekanan. Kalau diberi tekanan, saya takkan beri kerjasama. Saya malas nak layan benda-benda karut. Macam-macam benda keluar di akhbar mengatakan saya bercinta dengan halimunan. Kalau saya bercinta dengan hantu, apa masalahnya? Ini hal peribadi saya. Saya tak buat salah, saya tak pernah kena tangkap basah!

Saya tak bercinta dengan sesiapa, saya single. Memang saya akui, saya mencari seseorang untuk saya berkongsi apa saya nak buat. Saya dapat message ketika saya shooting dengan Julia (Ziegler) di Indonesia, daripada Elie yang bekerja dengan Metrowealth. Elie beritahu saya, ada seorang perempuan nak buat filem, nak melabur dalam filem. Salah seorang pekerja Metrowealth, Zubir yang minta saya mengenalinya.

Sebelum ini, dia orang cakap, Maya dah berkenan dengan Farid Kamil. Tapi benda dah tangkap cintan cintun pula. Kalau nak buat filem, kita buat. Saya memang tak pernah jumpa Maya, tapi saya pernah bercakap dengannya di telefon. Dia banyak pengetahuan mengenai filem apabila saya sangat teruja dengan teorinya.

Tapi, sampai sekarang saya belum pernah berjumpa dengannya (Maya). Saya hanya berkesempatan, kononnya hanya berjumpa dengan sepupunya, apa nama sepupunya, saya dah lupa. Saya selalu berdoa agar benda (isu) ini dipendekkan, sebab tu saya tak nak buat apa-apa kenyataan. Biar diam macam tu sajalah.

Artis bukan milik masyarakat

“Saya terus terang, saya tak pernah antiwartawan. Saya memerlukan wartawan lebih daripada saya memerlukan udara. Wartawan seperti keluarga saya. Saya antiwartawan yang tak ada etika kewartawanan. Saya tak nak cakap siapa. Jangan panjangkan benda yang karut marut, benda yang boleh mengaibkan saya.

Saya ada hak untuk tidak bercerita. Saya nak ingatkan, artis atau selebriti bukan milik masyarakat! You nak tahu siapa milik masyarakat – polis, bomba. Pasal apa, kita bayar cukai!

Saya dah lama tidak menghubunginya (Maya). Kalau you nak buat filem, buat filem, jangan buang masa saya. Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini.

Setiap kali saya nak bercinta, memang akan dipermain-mainkan, terutama artis, saya serik dengan artis. Saya faham tugas wartawan. Saya pun harap mereka pun faham kerja saya. Saya pun tak buat perkara yang mengaibkan keluarga. Tapi, dalam situasi begini, saya adalah mangsa. Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang ada di dalam ini (wartawan) kerana menghargai saya sebagai selebriti.”

‘Metrowealth bukan majikan saya’

“Kalau saya berdiri di tempat yang benar, saya akan mempertahankannya. Saya perlu berubah kerana saya terlalu banyak dengar cakap orang. Apa yang orang nak, saya sentiasa beri sehingga tidak memikirkan diri sendiri. Kali ini, sesiapa nak cakap dengan saya, cakap terus. Metrowealth bukan majikan saya. Saya bukan bekerja di bawahnya, dibayar gaji setiap bulan. Saya dan Mr David Teo adalah rakan perniagaan. Saya jual kreativiti saya.

Saya hormat dia sebagai bos kerana saya anggap dia seperti bos. Mr David adalah orang yang sangat baik, berani. Saya kurang setuju apabila dia cakap dia adalah majikan saya. Dia tidak bayar saya gaji bulan.

Cuma saya agak terkilan apabila penggambaran semula Jangan Tegur ketika saya didatangi malam itu (merujuk kepada kehadiran penulis dan wakil Melodi ke lokasi pada 23 September lalu), saya terpaksa pulang ke rumah emak dan datang semula selepas dua setengah jam apabila saya tidak dapat meneruskan penggambaran satu babak, ketika itu sudah 5.30 pagi, saya kena break untuk krew bersahur.

Saya ada 15 shot, bayangkan 5.30 hingga 6.30 pagi, satu jam (sebelum siang), maksimum saya boleh buat lapan shot saja. Saya cakap wrap, kalau ada apa-apa biar saya dan Mr David bincang. Saya balik rumah, Julia telefon saya dia kata dia masih shooting. What the ‘xxxx…’ (mencarut) is this! Saya minta maaf bahasa saya.

Saya sangat marah dengan perkara itu. Mungkin yang pertama, gangguan (kehadiran media), kedua, team saya tidak menghormati saya sebagai pengarah. Saya cakap wrap, wrap!

Pierre tuduh wartawan ceroboh tempat kerja

“Tapi, ada orang yang baik hati membantu saya mengarah babak terakhir itu. Saya dah tawar hati bekerjasama dengan mereka (krew). Mereka langsung tidak menghormati saya. Saya ingat pada malam itu saya ada masalah, mereka sokong, tapi tidak sebaliknya memberi masalah kepada saya. Saya sangat kecewa.

Saya cuba menyelamatkan filem itu. Saya minta maaf jika ending filem itu macam tahi atau apa saja. Itu bukan dibuat oleh saya. Saya ada 15 shot, yang saya dengar cuma dibuat tiga, empat shot saja. Sebenarnya saya tahu malam itu saya boleh habiskan (penggambaran) jika saya tidak diganggu. Tapi, saya dapat tahu daripada krew, mereka (penulis dan Melodi) diberi alamat dan datang macam mana, itu yang saya betul-betul marah.

Kenapa tak beri saya suatu waktu, biar saya buat sidang media saya sendiri? Jangan datang waktu saya kerja. Tapi, saya terbaca satu artikel, benda ini dibuat tanpa Metrowealth. Maka, you (wartawan) melanggar etika kewartawanan, you menceroboh tempat saya. Saya boleh ambil tindakan!

Artikel mengenai saya shoot Jangan Tegur, tujuh babak tanpa lighting, xxxx….(mencarut). Saya shoot setiap hari ada lighting, itu fitnah! Di panggung mungkin boleh nampak, apa yang saya nak, gelaplah. Macam kita tengok Batman pun gelap. Tapi, masalahnya apabila keluar di TV jadi gelap. Mungkin saya akui kesilapan saya. Tapi, saya buat filem, bukan buat drama TV! Saya tak kisah benda tu keluar di TV gelap atau tak.

Sebenarnya banyak benda saya nak bercerita, tapi apabila saya buka mulut, ramai yang aib. Nak cakap saya kena tipu ke, ada halimunan nak bercinta dengan saya ke, tak kisahlah, biar saya seorang yang kena. Saya sangat kesal apabila saya putus (cinta) dengan Yana dulu, tapi ada hikmah di sebaliknya. Apabila kami putus, saya jadi pengarah, dia pun jadi pengarah sekarang ni. Mungkin apabila kami bersama, tak ada kejayaan.”

Pierre lari masuk lif

Ketika penulis masih mengajukan soalan kepada Pierre, dia terus bangun dan meninggalkan sidang media yang sedang berlangsung. Berkali-kali penulis cuba mengajukan soalan kepadanya, tapi dia terus bergegas meninggalkan sekumpulan media sambil berkata dia tidak menghargai wartawan tidak beretika (sambil meminta pembantunya, Norzairi Zainal atau Itik merakamkan perbualan kami).

Pierre terus berusaha mencari ruang melarikan diri dari Restoran Lemon, Seri Kembangan (lokasi sidang media). Sekalipun cuba diekori, Pierre terus berjalan keluar dengan laju tanpa mahu menjawab soalan penulis sambil tangannya memegang perakam suara merakamkan audio penulis yang memintanya menjawab soalan.

Keadaan bertambah kecoh apabila Itik menghadang pergerakan penulis dengan menggunakan badannya sebagai halangan, sekali gus mengganggu tugas wartawan. Dalam masa sama, Itik menggunakan kamera telefon bimbitnya merakamkan segala aksi yang berlaku.

Seterusnya berlaku aksi kejar mengejar antara penulis dan Pierre sekitar pusat membeli belah Mines dalam usaha Pierre memboloskan dirinya. Pada masa sama, tiba-tiba muncul seorang lelaki berbadan besar dipercayai teman Pierre, sekali lagi menghadang pergerakan penulis yang sedang mengejar Pierre dengan menggunakan badannya sebagai halangan.

Sejurus kemudian, dilihat Pierre bersama Itik berlari menuju ke arah lif sambil ketawa, mungkin melihat penulis tidak lagi mampu berlari laju mengejar mereka.

Nampaknya ‘drama bersiri’ Pierre dan Maya Darina yang disangkakan akan berakhir tidak menjadi kenyataan apabila dia masih tidak mahu menjawab beberapa soalan yang bersarang di fikiran penulis, sekali gus mengesahkan siapakah wanita berbaju kurung warna coklat yang bergambar bersamanya dalam satu majlis.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. aku memang tak minat ngan mamat ni…so aku tak nak tahu tentang dia.wawawaaawawa……muka dia tak hansem.hansem lagi salleh yacob!!!uwawawawaaw

  2. Ap hal ngan c pear ni..mula2 ngaku kat org ada gf tup2 gf yg tak wujud bile wartawan nak tahu cerita sebenar nak marah wartawan pulak.

  3. hahahahahahahahhahaha!!! fevret statement = Tu le .. duk wat crita antu je.. tup2 dah ‘naik antu’! 🙂 – Honeybee

    kwang kwang kwangggg~

  4. Zubir sudah goyang sebab surat ‘chenta’ dari Pierre akan sampai dekat dia tak lama lagi. Sudah-sudahlah tu Zubir, lu memang takde etika pun bro!

  5. amende wartawan camni. tak profesional betul la. buat malu kaum wartawan. memang la nak cari bahan, agak2 la sket !

  6. nak menang anugerah wartawan terlampau kot…. cari la citer yg lebih mencabar minda… tak paham betul la!!

  7. memang le sengal btol si jubir ni…udah2 ler tuh..nak terjah pon biar r ada maruah n sopan sket..aku harap budiey ko tak jd cam wartawan sekor ni..
    haku plak yg hangin..huhu

  8. Uhh zubir macamana ko rasa apabila kali ni seorang artis taknak tunduk pada kemahuan ko? selama ni ko pijak2 dan jatuhkan artis kan? skrg rasakan, seorang artis berumur 23tahun perbudakkan ko dpn para wartawan! hahaha!

  9. dua2 sama je aku tengok…sorang tanak ngaku…sorang lagi ingt dia wartawan sensasi boleh la buat sukati dia n herdik org…blah la wei!!..tak profesional langsung…gi la saluran yg btol..kalo nak cari keadilan gi la court…takyah susah2 nak gaduh depan org..

  10. Kejih betul la si fonen zubir ni…lahanat!!!…kalau mek jadi bini ko..mek malu okayyymek mintak cerai..dasar wartawan fonen!!!! memalukan wartawan lain sajorkkkk

  11. That ass-hole of a reporter, oh please!! Reporter tu memang desperate pon. Dulu jadi “Balachi ” fasya sundel,bnyk cerita blh bikin sampai org naik jelak.S’krg dah tak blh nak promote si itik betina tu,jadi takde story gempak.Ini je lah caranye nak masuk limelight blk.Dia ingat Pierre tu budak bodoh agaknye.Saman je siAss hole tu.Saman juta2 bagi terjelepok.Dah lah lubang hidung besar mcm serombong kapal,ada hati nak jadi Reporter Celebrity.Celebrity terkenal sambut birthday diPalace of Golden Horses, dia pun nak sambut birthday sama mcm celebrity tersebut.Perasan popular.

  12. aku penah je la baca nama zubir ni,,tp aku taktau pun muka dia cemana,,wahhh hari ni baru aku nampak dengan real,,
    zubir itu adalah seekor ayam serama yang katik dan pregnant 7 bulan,,,
    hahahahaha
    patot laaa tak glemer 😀
    tu saja la tu cari glemer,,

    michele tuh pon satu,,
    naik geli aku dengar dia cakap melayu..memang la fasih,,tp kepoh mcm lahanat! tanya soalan tah hape2…

    sorang pregnant 7 bulan,,
    sorang lagi katun!

  13. Salam buat penulis,
    Saye berstuju sgt2 dgn apa yg penulis persoalkan. What IS real journalism?? Being aggresive? Like, whatever okay! Wartawan hiburan skrg very personal melalui penulisan. Ape yg ditulis, its like view from one aspect je. From the reporter’s view je. What is that? Seriously? Zubir ni takde etika lah. Die menulis mcm die je yg betul. Die je yg mulia boleh ‘nasihat’ itu ini. I never understood that. He’s being ridiculous. Seriously. Only becuz he got the ‘POWER’ of writing, doesnt mean he has to be that way, kan? He is not wartawan sebenar. He is NOT.

    BENCI ZUBIRRRRRRRR

  14. rasenyer zubir nie bengang… aku baru jer tgk balik bintang popular online..
    yang cover cerita si pierre nie die jer… mebbe die igt dia dah dapat cover cerita paling meletup dalam dunia hiburan
    tapi si pierre nie tak tunjuk response langsung… walaupun zubir dah provoke banyak kali dalam tulisan die, ye a pierre nie jenis pendiam n tanak cakap pepe langsung pasal mende lagi…
    so… last last si zubir nie dah terlampau desper sebab nampak die sorang jer yang beriya yang tuan punye badan langsung tak jawab pepe… nanti org ckp si zubir nie syok sendirik plak..
    tu yang jadi camtu tu…
    last last termalu sendiri.. sebab si pierre walaupun sudah dikejar… still tanak bukak mulut.

  15. wpon i bukan peminat pierre, tp i x sokong gak tindakan zupir ..oooppss silap..zubir nih…such a desperate guy. cari cite sensasi cam budiey je la..rilek je…dpt gak cover cite best2 kan bbudiey? (ehhehe bodek budiey plak)

  16. siapa ada biodata zubir ni?
    aku nak tau kredibiliti dia sebagai wartawan.

    kita selalu baca biodata artis.
    kali ni, kita baca wartawan zubir ni punya pulak.
    dan, semua gambar2 si zubir ni.

    mamat ni pikir, dia wartawan, dia boleh kejar orang suka ati dia?
    boleh kutuk2 orang? boleh malu kan orang?

    aku cukup benci wartawan tak beretika macam zubir ni.
    betul kata isya, zubir sorang yg cover cita ni. konon2 ekslusif lah.

    wartawan poyo !

  17. zoobear ni mmg ntahpape..bajet mcm paparazi kt amerika..padahal etika journalism pun taktau..hormat la org sket..aku taktau la samada gaji yg dia dapat bulan2 tu halal ke tak sbb wat keje2 gni..

  18. Aku lebih tertarik pada blog Saniboey tuh, thanx budiey

    Aku tengok Pierre skang semakin sombong dan demanding, aku percaya gadis halimunan tuh cuma gimik untuk filem Jangan Tegur tu

  19. Setuju dengan kenyataan Saniboey tu “nilai journalism yang diamalkan oleh kedua-dua wartawan ini lagi busuk”.Janganlah terlalu mendesak nak dapatkan cerita sensasi.Orang lain pun ada maruah dan harga diri.Ingat lagi masa kes Hans – Erra dan Engku Emran…Tak tahu hujung pangkal…sanggup pergi ‘TERJAH’ Erra di lokasi pengambaran filem Hidden.Nasib le Erra profesional….Walaupun dah lama tak tengok cerita Erra disiarkan di Melodi selepas isu tersebut tetapi alhamdulillah nama Erra Fazira tetap ‘maintain’ sebagai anak seni biarpun kisah ‘remeh’ tersebut dinobatkan sebagai paling sensasi pada 2007 dan hampir ‘meranapkan’ kepercayaan masyarakat.Namun Allah swt itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya yang sabar dan diaibkan…Rezeki Allah yang berikan…asalkan kita di pihak yang benar.

    Lepas tu setiap minggu asyik story tentang Hans je..Tetapi sekarang ni sejak ‘Hans cakap apa entah kat Zubir’ (masa isu dengan Munira dalam Kring Kring) terus macam dah ‘kureng’ sikit..Sama juga dulu masa sebelum Fasha ‘angin’ dekat wartawan…asyik cerita Fasha je di ruangan Zubir ni…sekarang ‘confirm’ cerita Piere pula akan di ‘blacklist’ oleh Zubir ni…

  20. mek pn benci tahap lahanad c fonen katik zoopir ittew, prasan fofuler n bagus.. cte cover artis2 prasan top aje, sbb dia buley tumpang glamer skali, aiyooo coi la ko zoopir!!!

  21. AKU DAH LAMA NYAMPAH KAT DORAEMON TU. TULIS BENDA SAMPAI MENJATUHKAN MARUAH DAN NAMA BAIK ORG. DIA SAJA YANG BETUL DALAM DUNIA NI. ORG LAIN MCM KENA MELUTUT PADA DIA.

    HAMIK KAU DORAEMON!

    BERITA HARIAN PATUT BUANG JER ORG MCM NI!

  22. kenapelahhh aku x tunggu sampai abis event tu?kalau tak,bleh jugak aku ‘cool’kan buah hati tersayang Mr.Pierre tu supaya tak buat amukan puaka..huhu.

    Ape pun, KAMI sebagai peminat Pierre tetap sokong dia walau ape pon terjadi.. Bukankah family dia ade smalam? tapi tindakan Pierre tu betul..Biarlah dia nak bercinta dengan sape2 pun.. Kan kat Melodi pon dia dah ckp dia akan wat PC KHAS pasal benda ni…sabarlah je kan?

    To Pierre, ape jua tindakan anda, you do the right things.. kita ada tahap kesabaran masing-masing..

  23. hahaha…apa la c zubir tu macam budak2 hingusan main kejar2an dia tak sedar ke banyak mata memandang kat dia??tak sedar ke dia yang dikejar tu pelakon popular nanti kena saman kerana melanggar hak privasi baru tau.badan jer besar mcm gajah tapi akai tak der~saya walupun tak minat ngan piere tapi sekurang2 nyer hormat la sikit.respect la sikit bro!!jangan main gila jer!!!bodoh nak mampui~

  24. bangang tahap cipan wartawan ni…. selalu dia tulis pasal artis serang artis…
    skrg dia plak serang artis…
    w/pun keja menulis…. maruah artis kena jaga gak….
    ni semua penulisan blh menimbulkn kemrahan pd pihak artis…
    dr segi islam pun mmg x blh nk menulis keburukan org lain.
    jalan penyelesaian….. kembali kpd Quran & Hadis…

  25. kesiannya… dia memburukkan dirinya sendiri. kalo orang dah taknak sebut siapa wartawan tu tak payah laa bagitau… ini tidak dibagitaunya dia yang buat laporan… kalo dah buat laporan itu ini tulis laa nama dalam berita sensasi kita tu… tak perlu nak gi sergah orang lepas tu bagitau kita yang buat… apo kes wartawan camnih…

    boikot… boikot… boikot aje…

  26. buang saja orang macam nih. tak ada gunanya bayau gaji menjatuhkan imej berita harian sendiri… berita harian sila alert…

  27. aku mmg tak berkenan pun dengan zubir ni..suka sgt hentam artis.as if dia je la betoi…artis tu salah,astis ni tak betol…now kan dah memalukan diri sendiri la..tegur pun mcm bagus la..even some tu mmg bagus la utk ditegur..

    tapi bila dia kene tegur..amboi backing diri nampak..kalau tak silap ada satu kes anugerah bintang popular bila tah..bila mana orang kecoh dia pakai barang kemas tajaan..tatau la emas ke berlian.masa tu dia ditugaskan sebagai salah seorang announcer..kan bende tu orangs islam haram utk pakai..tp lepas kene komen dgn orang..dia pun balas balik dalam ruangan zubir intip dia tu..ala pakai bende tu tak lama pun nak kecoh2..bley? ni bukan pakai barang kemas tu lama atau tak cik abg oii…tp ni pasal hukum hakam…

    inilah wartawan..kalau dah kuasa ada di pena mereka..dia la berkuasa! sama je semua orang…apa2pun kite amik iktibar..

    masih ada ruang untuk perbaiki diri dan saling menasihati antara satu sama lain.

    ps : aku igt aku sorang je yang tak berkenan…hiks!

  28. ahahaha zubir pondan nih..
    apsal tak pakai baju kolar naik atas..yg cam bagus tu..
    cakap dlm AF dulu cam bagus gile…

    poyo ah..takde ke wartawan nak siasat..
    pasal mamat nie gay ke ape?
    mane tau cinta die ditolak oleh pierre ke..

  29. im sory buut Zubir is an idiot. the kind of wartawan who believe in his own crap hype! go kill urelf zubir. no one likes you .. bloody scums!

  30. Memang pun.Sepatutnye Berita Harian dah pun buang dia disbbkan bnyk org komplen tentang dia dpt sogokan dari Fasha Sundal.Sbb tu,kita dpt “terlalu”bnyk info tentang pompuan itu melalui ruangan khas yg si ediot tu kendalikan.Terlalu ‘BIAS’ sampai kesatu tahap,pembaca BH sama kan taraf siBodoh ni,sebagai personal reporter FS.Hebat tak hebat tu.Berita Harian, pls take note.

  31. hahah..panas ruangan nie…wei guys u all jangan tak tahu zubir dah pun membuat serangan balas dia kat ruangan dia di B.POP online huhu…dia cakap piere tak jawap soalan dia,dan dia juga bercakap pasal PA piere entah dia panggil ngan nama ‘itik’ entah nama betul ke ape tak tahu lah saya pulak,ah dia cakap itik cuba menghadang dia dari bertanya ngan piere..huhuu..ZUBIR BUAT ARTICLE KES BUANG MALU!!!!buat pengakuan jer la zubir yang kau tu dah terlupa etika didalam menjalankan tugas harian kau .BOngok!!!

  32. asyik2 cakap penulis jugak,penulis dihadang, penulis itu,penulis ini..hahaha…tak suka lah ngan zubir saya lebih suka ngan cik normah di berita harian dari c zubir keparat tu..wahahahahah…hendak menegak kan benang yang basah konon….wartawan mesti ada imej yang bagus bukan boroi macam zubir..hahahhah

  33. Wartawan hiburan kelas ketiga macam Zubir memang menjijikkan. Wartawan seperti ini akan provoke artis dan menggunakan pena meraka untuk menjatuhkan maruah artis2. Memang memalukan, dia cakap pun tak betul menyembur air liur tapi nak komen orang lain. Bagi anak bini makan dengan duit hasil aibkan orang! Selamat lah hidup dkt dunia ni!

  34. hye sume..ak xsuka la ngan pierre andre nie..sape suruh dia tinggalkan kak yana..tp ak lg xsuka ngan c “berueng” nie..dia suka tulis bukan2..m’yampah ak..sume artis dia nak hantam..xkira la lelaki ke pompuan..apa dia ingat,best ke kena hantam..cuba dia plak yg kna hantam..baru dia tau..ingat wartawan boleh suka ati je hantam org????tu salah guna kuasa namanya..

  35. sesetengah wartawan hiburan memang x bole pakai…terutama wartawan terjah
    alamat cerai-berailah para artis..hampeh macam mereka 2 x baik sangat..hampeh lu…

  36. da masuk 2010, Nape BH masih gak nyimpan reporter bodoh ni??Dah takde ke bebudak journalism Uitm yg blh replace kodok buntal ni??Takde ke lagi org2 misteri sembor chat kat umah dia??Klu dah kene sembor, memang sah lah tak ndak baya utang!!

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD LAKONAN RAJA AZURA

Trivia: Cincin Siapa Ni?