in ,

TPM Arah Caprice & Pasukan HM4P Balik Ke Malaysia Dengan Segera

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah meminta pasukan Humantarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang disertai oleh Caprice untuk pulang ke Malaysia dengan segera.

Menerusi posting yang dibuat oleh TPM di Facebook, beliau berkata keadaan semasa Gaza, Palestin pada ketika ini tidak stabil dan boleh membahayakan keselamatan pasukan HM4P di sana.

“Oleh kerana keadaan di Gaza masih tidak menentu, maka saya menasihati Datuk Seri Azeez dan team untuk pulang ke Malaysia”, kongsinya di Facebook.

Ujarnya, dia meminta mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini yang diketuai oleh Datuk Seri Azeez Rahim untuk pulang semula ke Malaysia demi keselamatan mereka.

Pasukan HM4P Akan Ke Gaza Semula

Tambah TPM, beliau berkata pasukan HM4P yang disertai oleh penyanyi rap Caprice ini boleh ke Gaza semula selepas keadaan di sana mula stabil dan selamat untuk mereka.

“InsyaAllah jika keadaan stabil mereka boleh ke Gaza semula.

Setiap orang ada pengorbanannya, di dalam pengorbanan juga pasti ada ujian-Nya. Tetapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia mengetahui setiap pengorbanan insan”, tulisnya di Facebook.

Sekadar info tambahan, pasukan HM4P yang disertai oleh Caprice ini telah bertolak ke Mesir pada 19 Jun 2021 untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenali Nadir Al-Nuri, Tiba-Tiba Jadi Viral Terpalit dengan Kemelut Bantuan Gaza Ebit Lew & Caprice

Ini Mungkin Jadi Sebab Kenapa Bodyguard Ebit Lew Halang Nadir Untuk Rakam Video