in ,

Kenali Nadir Al-Nuri, Tiba-Tiba Jadi Viral Terpalit dengan Kemelut Bantuan Gaza Ebit Lew & Caprice

Selain menyalurkan pelbagai bantuan keperluan asas, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) kerap menjadi perantara masyarakat Malaysia dengan Palestin, dengan menyebarkan pelbagai informasi semasa serta menjelaskan situasi sebenar yang bergolak di sana. Jom kenali siapakah pemilik nama Nadir Al-Nuri.

Tidak semena-mena, nama Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau Nadir Al-Nuri tiba-tiba menjadi tular dan viral disebut oleh netizen. Jika sebelum ini di awal Mei lalu, nama beliau disebut apabila menjadi tumpuan Malaysia setelah tercetus krisis kemanusiaan di Palestin memuncak pada bulan Ramadan. Tapi kali ini, nama beliau menjadi trending gara-gara terpalit dengan kisah misi bantuan Ebit Lew dan Caprice di Gaza.

Pertama sekali nak beritahu pembaca, lelaki ini tiada rumah banglo mewah dan tiada team media yang boleh rakam semua sudut kerja-kerja kebajikan yang ia buat. Jika dia mahu hidup senang, boleh saja dia duduk di Malaysia dan buat kutipan derma untuk Palestin dan Gaza.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman merupakan individu yang sangat dikenali ramai terutama mereka yang hendak masuk ke Gaza. Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza pada tahun 2013, nama Nadir bukan satu nama yang asing.

Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang masih menetap di Gaza sehingga sekarang, Nadir Al-Nuri diibaratkan seperti duta kecil kita di sana.

Percaya tidak, akaun media sosial Nadir Al-Nuri pernah disekat apabila beliau berkongsi hantaran video seorang kanak-kanak Gaza yang berlari mengejar jenazah ayahnya. Sungguh menyayat hati dan tragis sekali.

Sejak insiden tersebut, pengikut beliau dari seluruh dunia mula mengikuti akaun Facebook baharunya serta channel Telegram yang dibangunkan khusus untuk tujuan yang sama.

Peristiwa pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang beribadat pada hari-hari terakhir Ramadan benar-benar mencabar kesabaran umat Islam di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, pangkat dan usia juga mengecam hebat pelanggaran hak asasi manusia tersebut. Pelbagai usaha termasuk bantuan derma kilat, solidariti di media sosial dan laporan terkini tanpa henti membanjiri semua platform media sejak hari itu.

Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir

Hari Ini Nadir Dikecam oleh Netizen Malaysia

Mungkin hari ini, dia insan paling dikecam oleh sebahagian penduduk Malaysia. Sedangkan usahanya di negara tertindas itu tidak pernah lekang, boleh kata orang Gaza cukup mengenali siapa dia dan apa peranannya di sana. Dari membantu anak yatim hingga ke orang miskin.

Dia juga menyaksikan kenalan dan sahabatnya terbunuh dek kerana perang, tidak sama dengan kita yang masih mempunyai rakan taulan sambil bergelak tawa di media sosial dan ruang chatting.

Segelintir yang tidak kenal siapa sosok ini, mereka akan rejam dengan pelbagai tomahan dan tuduhan. Mungkin anda boleh kata dia silap faham, tapi untuk kata dia sengaja memfitnah dan menipu rasanya kalian patut tahankan diri kalian.

Nadir Al-Nuri

Bapa Kepada Lima Anak Yatim Piatu Palestin

Dia melamar seorang balu syuhada perang Gaza yang punya 5 anak, sekaligus dia penanggung kepada 5 anak yatim tersebut dan jadi bapa kepada mereka. Hidupnya bukan kaya raya, malah rumahnya berapa kali bergoyang dek hentaman bom dari Israel sana.

Doanya pula mungkin tidak sama dengan kita, ketika mana kita berdoa menadah keselamatan dan perlindungan atas tikar sejadah di sebuah negeri aman damai, doanya pula di bawah bangunan yang bila-bila saja akan ranap jika ada bom jatuh menyinggah.

Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza tiga tahun lalu, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman kini menjadi ‘bapa segera’ kepada lima anak yatim negara itu.

Misi kemanusiaan yang disertai oleh Muhammad Nadir lebih kepada membela anak yatim yang bapa mereka mati syahid dalam peperangan menentang zionis.

Nadir Al-Nuri

Berkahwin dengan Balu Pejuang Palestin

Pemuda ini merupakan suami kepada seorang balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi.

Tidak pernah menduga ketentuan jodohnya itu, Nadir al-Nuri berkata, beliau memilih untuk berkahwin dengan wanita itu sebagai satu cara untuk memudahkan perjuangannya.

“Saya mula berada di bumi Palestin sebagai pelajar jurusan Syariah di Universiti Islam Gaza dan nekad untuk membantu anak-anak yatim di situ dengan menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza atau “From Gaza With Love”.

Benar janji Allah mengenai rezeki ketika kita membela nasib anak-anak yatim. Kehidupan Nadir bertambah berkat, malah siapa sangka itulah asbabnya beliau mengenali isteri tercinta sebelum mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2016.

“Perkenalan dengan Reem Al-Minawi bukanlah secara langsung sebaliknya menerusi anak sulungnya, Naeem Mushtaha yang ketika itu berusia 13 tahun.

“Naeem ketika itu banyak membantu menguruskan urusan kebajikan saya dan saya kemudian tergerak hati untuk mengenali keluarganya lalu bertemu dengan Reem. Tiga tahun saya ambil masa sebelum menikahinya,”

Bekas pelajar Sains Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, perjalanannya untuk mengahwini seorang balu syuhada Gaza tidaklah semudah disangka kerana pelbagai rintangan terpaksa dilaluinya.

“Sukar untuk Reem dan keluarganya menerima saya apatah lagi saya adalah ‘orang luar’. Menjadi budaya warga Palestin untuk sukar untuk menerima orang bukan daripada bangsa mereka.

“Malah keluarga saya di Malaysia pada awalnya tidak menyokong hasrat itu khususnya apabila saya perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada lima anak.

“Alhamdullilah tiga tahun saya bersabar dan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah dan saya dengan Reem akhirnya bersatu. Kami sekeluarga kini penggerak kepada  Persatuan Cinta Gaza,”

Nadir Al-Nuri

Dengan tekad ingin membantu anak-anak yatim di sini, saya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza atau ‘From Gaza With Love’ bagi mengatur pelbagai program termasuk kutipan dana.” Nadir Al-Nuri

Nadir Al-Nuri  mengakui kehidupannya bertambah berkat apabila keluarga baharunya hadir membahagiakannya.

“Benar janji Allah mengenai rezeki ketika kita membela nasib anak-anak yatim. Saya merasai keberkatan hidup dan rezeki yang datang untuk kami juga tidak putus,” katanya.

Katanya Persatuan Cinta Gaza, sentiasa komited untuk membela nasib anak yatim Gaza dan mengatur pelbagai program khususnya mendapatkan dana bantuan untuk mereka.

Setiap sumbangan yang disalurkan ke Cinta Gaza Malaysia akan diagih-agihkan kepada mangsa di Palestin secepat mungkin. Nadir sendiri yang menjadi wakil penyumbang, dengan harapan dapat membantu mereka yang terjejas teruk di Gaza.

Kasih sayang terhadap isteri dan anak-anaknya di Palestin membuatkan semangat Nadirlebih berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik buat semua pihak. Semoga segala usaha ‘frontliner bantuan kemanusiaan’ Malaysia ini dipermudahkan serta mendapat pembalasan terindah daripada Allah Taala.

*Sumber: BH Online

Video Nadir Sambut Ebit Lew Dengan BodyGuard Di Gaza Tular! Ramai Rasa Sedih

Sebuah video dari Nadir Al-Nuri menyambut ketibaan Ustaz Ebit Lew dan rombongannya ke Gaza telah menarik perhatian netizen di laman twitter.

Video tersebut menyaksikan Nadir bersama anaknya, Naeem yang merakam video seolah-olah tidak dilayan baik oleh rombongan ketika turun dari bas.

“Video menunjukkan saya, Naeem (di belakang kamera) dan dua orang wakil Red Crescent yang datang menyambut rombongan dari langkah pertama yang mereka jejak di Gaza. Bodyguard datang dan melarang dibuat live dan saya memaklumkan memang kami tak buat live pun.” tulisnya di Telegram.

Jika anda dilihat saat ke 48 dalam video tersebut, ternyata salah seorang Bodyguard Ebit memberi amaran kepada Nadir.

“Encik tolong padam semua gambar dan video yang diambil tadi,” – itulah amaran yang dibisikkan kepada Nadir.

Video Nadir Sambut Ebit Lew Dengan BodyGuard Di Gaza Tular! Ramai Rasa Sedih

Nadir akui dia agak terkilan dengan kata-kata tersebut. Dalam video tersebut juga dapat disaksikan sebahagian tim bersalam sedangkan separuh lagi termasuk Ebit berjalan jauh daripada Nadir.

Video ini telah mendapat perhatian dari netizen di twitter, rata-rata tidak menyangka melihat sikap ‘bodyguard’ Ebit yang tidak menghormati dirinya sebagai ‘tuan rumah’.

I tried to put myself in this video. Nadir and his son, Naeem waiting someone from Malaysia but turned out that ‘someone’ didnt care and even talked to them. Serious sebak — hadirah (@sumhadirah) 

So sad to know the truth about EL and Nadir Al-Nuri masa di Gaza. How EL and half of team EL treated Nadir is beyond speechless??!

I have so much respect to both of them. Even masa tgk live Nadir ‘hanya wali’ i know dia tk maksudkan begitu. Now i—😢

Dalam pada itu, Nadir bekata dia tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku. Dia akui begitu terasa dan mempersoalkan sikap sebenar ustaz.

“Adakah di belakang kamera sikap kita berbeza dengan lemah-lembut yang dilihat orang ramai?”- katanya

Ramai sekali netizen berpendapat, mungkin Ustaz Ebit Lew sedang penat ketika itu dan tak dapat berborak dan melayan wakil yang menyambutnya. Bersangka baik la kan.

Nadir Al-Nuri ‘Desak’ Ebit Lew Beri Penjelasan Untuk Elak Fitnah

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri telah meninggalkan coretan berkaitan dengan isu pendakwah bebas, Ebit Lew awal pagi tadi. Menerusi akaun Telegramnya, dia telah meminta pihak Ebit Lew untuk beri penjelasan mengenai kewangan mereka dalam misi kemanusiaan di Gaza.

Dedah Pengurusan NGO Di Gaza Sangat Ketat 

Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam misi kemanusiaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menghantar penyata kewangan tahuanan. Katanya ia bertujuan untuk membuktikan NGO tersebut mengamalkan integriti dan transparensi dalam kewangan mereka.

“Penyata kewangan tahunan yang diaudit adalah bonus dan menunjukkan bahawa NGO menjunjung integriti dan transparensi.

Itu tindakan yang diambil pihak saya tahun ini kerana kami mula mencuri perhatian. Dan diberi amanah besar menyampaikan sumbangan kalian”, tulis Nadir.

Nadir juga mendedahkan pemantauan pengurusan NGO di Gaza sangat ketat. Malah saluran dan penyampaian bantuan yang ketat itu bertujuan untuk mengelakkan penyelewengan daripada berlaku.

Minta Ebit Lew Beri Penerangan, Elak Fitnah 

Kongsi Nadir ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha semalam, pihaknya telah melakukan agihan melalui 140 NGO tempatan yang dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza. Malah mereka juga telah menyediakan senarai nama keluarga yang bakal menerima daging korban secara terperinci.

Melihatkan isu ketelusan dalam bantuan dan kewangan, Nadir akui pihak Ebit Lew perlu melakukan hal yang sama. Ujarnya pihak Ebit Lew perlu bertanggungjawab dalam memberikan penerangan secara terperinci pada penderma mereka supaya tidak timbul fitnah dan salah faham.

“Sekiranya perbelanjaan tersebut (semasa di Cairo atau Gaza) datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini.

Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain”, kongsi Nadir.

Apa-apa pun semoga kejadian menjadi pengajaran buat kita semua.

Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong

Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah.  Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah. Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah. Firdaus Wong berkali-kali diugut bunuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran.  Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajah dan diperangi. Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ekstremis. 

Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang mempimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.

Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih parah, tanpa kita sedari api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.

Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan – bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah. 

Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajah terus berkuasa membantai saudara kita. Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan.  Betapa ruginya kita berpecah dan bertelingkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar China dan Filipina di PBB.

Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:

“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta;

Janganlah mencari-cari isu;

Janganlah mencari-cari kesalahan;

Janganlah saling bersaing (dengan buruk);

Janganlah saling dengki-mendengki;

Janganlah saling memarahi; dan

Janganlah saling memusuhi!

Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”

Hadis riwayat Muslim

Oleh: Abdul Muein Abadi

Hamba Allah yang cintakan perdamaian dan persaudaraan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Fizz Fairuz Kena Scam, RM18 Ribu Habis Lesap, Terus Buat Report Polis

TPM Arah Caprice & Pasukan HM4P Balik Ke Malaysia Dengan Segera