in ,

Tonton UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Dalam Bentuk 3D

Pada jam 4 petang tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Poster dan Trailer Filem UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL di pawagam GSC cawangan Mid Valley, Kuala Lumpur. Jom sama-sama kita tonton video penuh sepanjang acara ini. Klik video di bawah ya!

Selepas 10 tahun mencipta fenomena menerbitkan filem animasi 3D pertama negara berjudul GENG: PENGEMBARAAN BERMULA, Les’ Copaque Production Sdn Bhd kembali dengan filem animasi 3D ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ (UIKST) yang bakal disiarkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac ini.

Trailer Rasmi Filem UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL

Mengambil masa lima tahun untuk penyelidikan dan penghasilan teknikal yang setanding filem animasi antarabangsa, UIKST dijangka dapat melonjakkan mutu industri animasi tempatan setanding karya-karya besar di luar negara.

Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata, UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL yang menelan belanja hampir RM20 juta menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan.

Upin Ipin

“Ia mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan kerana Les’ Copaque mahu meningkatkan tahap teknikal kumpulan produksi.

“Selain itu, team produksi kita juga banyak mempelajari kemahiran teknikal dengan menggunakan teknologi dari Hong Kong bagi menghasilkan animasi yang lebih hidup dari segi warna dan pergerakan animasi,”

– Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL mendapat sentuhan tiga pengarah muda Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim yang berpengalaman menghasilkan siri animasi terbitan Les’ Copaque iaitu siri Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri.

Ahmad Razuri berkata gabungan itu bertujuan menonjolkan kelainan berbanding siri animasi yang pernah diterbitkan Les’ Copaque.

Tonton Video Sekitar Pelancaran Trailer UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL

“Setiap pengarah memberikan penekanan terhadap elemen-elemen berbeza mengikut kepakaran masing-masing seperti elemen emosi, aksi dan juga perkembangan watak,”

– Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi
Upin Ipin

UIKST berkisar tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke sebuah kerajaan Inderaloka selepas menemui sebilah keris Melayu dalam bilik stor milik Tok Dalang bernama Keris Siamang Tunggal.

Pengembaraan itu membawa kembar comel dan nakal itu bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.

Filem itu juga bakal ditayangkan di Indonesia, Brunei dan Singapura mulai 21 Mac ini.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Istana Budaya Lancar Kalendar Senarai Program 2019

SOPHIA FREDSKILD

Kisah Cyborg Lupa Diri Dalam ALITA: BATTLE ANGEL