in ,

Istana Budaya Lancar Kalendar Senarai Program 2019

Setahun sudah berlalu, Istana Budaya kekal relevan dalam mengangkat industri muzik dengan mempersembahkan kalendar program sempena tahun 2018.

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey menghadiri Pelancaran Program Istana Budaya 2019 yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya. Acara dimeriahkan dengan kehadiran VIP, selebriti, penerbit dan juga para media. Turut hadir pastinya Ketua Pengarah Istana Budaya, YBhg Dato’ Mohamed Johari Shaarani. 

Dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, acara pagi ini menyenaraikan persembahan yang bakal berlangsung di Istana Budaya sempena kedatangan tahun baru 2019. Sekaligus acara ini memperkenalkan 18 program merangkumi konsert, teater dan muzikal bermula Januari hingga Ogos depan.

Tonton Video Penuh Pelancaran Kalendar Program Persembahan di Istana Budaya untuk Tahun 2019

Untuk 2019, lapan konsert bakal berlangsung iaitu Konsert Retro pada 1 hingga 2 Februari, Remembering Whitney Houston – The Greatest Love Of All (21 hingga 23 Mac), Ella Unplugged In Kuala Lumpur (29 hingga 31 Mac), Soul Sisters 2019 (5 dan 6 April) dan Dayang Dua Dekad (21 Julai).

Acara turut mengimbau kenangan manis dan rakuman momen menarik program, persembahan dan acara sepanjang tahun 2018. Antara yang menarik Konsert KRU, Baik Punya Konsert 4D, Lawak Ke Der, Teater Tanah Akhirkh, Inspitari JKKN, Tulus Live at Istana Budaya, Konsert Doa Buat Kekasih, Konsert Lagenda 60an, Teater Lajang Peraja, Konsert Duo Lagenda dan banyak lagi. 

“Menjelang 20 tahun penubuhan Istana Budaya yang dirasmikan oleh Tun Mahathir pada tahun 1990, saya harap semua pengamal media melakukan liputan meluas untuk mewar-warkan program Istana Budaya.”

“Saya menyeru syarikat swasta yang mampu memberi penajaan membantu produksi agar bekerjasama dalam mana mana aspek persembahan. Suka saya nyatakan kolaborasi inj dapat menikmati rebat cukai pendapatan.”

– YB Dato’ Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Antara persembahan menarik tahun 2019 ialah Ola Bola The Musical, Konsert Lagenda 80an, Konsert Ella Unplugged, Dayang Nurfaizah Dua Dekad, Konsert Hael Husaini dan banyak lagi. 

Pelakon yang kini trending dengan drama PUJAAN HATI KEKANDA iaitu Remy Ishak dan pelakon jelita Maya Karin bakal berganding untuk memjayakan persembahan Teater TUN FATIMAH.

Teater dari produksi Istana Budaya ini adalah diadakan untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan. Persembahan berlangsung selama 4 malam iaitu dari 27 Ogos hingga 31 Ogos 2019. 

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lady Gaga

Fesyen Lady Gaga ala Cinderella di Golden Globe 2019

Tonton UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Dalam Bentuk 3D