in , ,

tonton Siar Dua Drama Bersiri Korea SUITS & LAWLESS LAWYER 

JOM! SAKSIKAN DRAMA KOREA TERBAHARU DI TONTON SUITS & LAWLESS LAWYER

Dua drama bersiri terhangat Korea mengenai dunia perundangan dengan tayangan perdana serentak dari Korea sepanjang Jun 2018

Persiapkan diri anda dengan kosa kata perundangan untuk menonton drama terbaru ini. tonton menyediakan dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea hanya untuk anda!

Dengan perkhidmatan streaming terbesar dan nombor 1 di Malaysia, tonton kini mengembangkan kandungan K-dramanya dengan memperkenalkan dua drama bersiri terbaharu yang memaparkan sisi dunia perundangan sepanjang bulan Jun 2018.

tonton Siar Dua Drama Bersiri Korea SUITS & LAWLESS LAWYER

Saksikan 2 drama terbaharu ini yang disiarkan serentak dengan tayangan perdana di Korea hanya di tonton; “SUITS” bermula 2 Jun 2018 pada jam 12.00 tengah hari dan “Lawless Lawyer” pada 13 Jun 2018 jam 12.00 tengah hari

Diilhamkan dari drama bersiri Amerika yang mempunyai tajuk yang sama – SUITS, drama versi Korea ini menjanjikan kelainan dari aspek skrip dan plot yang lebih mendebarkan.

Choi Kang-Seok (lakonan Jang Dong-Gun) ialah Harvey Specter versi Korea merupakan seorang peguam berjaya dan berkarisma di sebuah firma undang-undang yang berprestij. Sebagai peguam senior, dia mengalami kesukaran untuk mencari peguam baru untuk firmanya.

Sementara itu, Go-Yeun Woo (lakonan Park Hyung-Sik) yang membawa watak Mike Ross merupakan seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang peguam. Namun, disebabkan faktor kewangan, dia terpaksa melupakan impiannya lalu berkerja sebagai penjaga parkir sahaja. Akibat terdesak untuk membayar bil hospital neneknya, dia menerima tugas untuk mengedar dadah.

Malang tidak berbau untuk dirinya apabila dia telah diperangkap dan ketika melarikan diri daripada pihak polis, dia secara tidak sengaja masuk ke bilik temuduga di firma Kang-Seok. Lantas, Kang-Seok mempergunakan jawatannya dengan menerima Yeun-Woo sebagai peguam baru yang tiada sebarang kelayakan namun mempunyai keistimewaan dengan ingatan fotografi yang kuat di samping skil pemahaman yang bagus.

Drama bersiri ini menampilkan barisan bintang terkenal seperti Jang Dong-Gun (yang pernah membintangi drama Friend, Tegukgi: The Brotherhood of War), Park Hyung-Sik (melalui The Heir, Strong Girl Bong-soon), Chae Jung-an (drama Queen of Reversals, Entertainer) dan Ko Sung-hee (Miss Korea, The Night Watchman’s Journal).

Adakah taruhan Kang-Seok berbaloi atau sebaliknya? Temui jawapannya dengan menyaksikan “SUITS” bermula 2 Jun 2018 ini, setiap Sabtu dan Ahad, 12.00 tengah hari hanya di www.tonton.com.my.

tonton Siar Dua Drama Bersiri Korea SUITS & LAWLESS LAWYER

BUITRAN PROGRAM
Tarikh disiarkan 2 Jun 2018
Hari/Masa Episod baru pada setiap Sabtu dan Ahad, 12 tengah hari
Episod/ Durasi 16 episod x 1 jam
Genre Drama
Bahasa Bahasa Korea
Pelakon Jang Dong-Gun, Park Hyung-Sik, Jin Hee-Kyung, Chae Jung-An, Ko Sung-Hee, Choi Gwi-Hwa

“Lawless Lawyers”
Pembunuhan kejam ibu tersayang di tangan seorang hakim yang dihormati menyebabkan Bong Sang-Pil (lakonan Lee Joon-Gi) ingin membalas dendam di atas kematian ibunya. Dia menanamkan hasrat untuk menjadi seorang peguam dan kini dia berjaya mencapai cita-citanya itu. Terdesak untuk memenangi kes guaman nya, Bong Sang-Pill menggunakan kelemahan undang-undang dalam kes terdahulu untuk menang. Apabila manual undang-undang tidak boleh diguna pakai, dia akan mengambil jalan nya yang tersendiri dengan menggunakan kekerasan dalam menegakkan keadilan.

Sang-Pill memperluaskan legasinya dengan membuka sebuah firma guaman di kampungnya, Gisung. Firmanya telah disertai oleh seorang peguam yang sangat berintegriti tinggi, Ha Jae-Yi (lakonan Seo Ye-Ji). Akibat memukul seorang hakim kerana keputusan yang berat sebelah, lesen perundangan Sang-Pill telah digantung. Jae-Yi merasakan Gisung merupakan medium terbaik untuknya menyelesaikan dendam yang disimpan selama ini. Tambahan pula, Sang-Pil mengetahui beberapa maklumat mengenai keputusan perbicaraan yang tidak adil dan kes berkaitan punca kematian ibu Jae-Yi yang juga mati di tangan hakim tersebut.

Menampilkan pelakon handalan seperti Lee Joon-gi (dari drama My Girl, Arang and the Magistrate) dan Seo Ye-ji (dari drama The Night Watchman’s Journal, Last), Lee Hye-Young (melalui Dal-ja’s Spring, Queen of Housewives) dan Choi Min-soo (My Wife is a Gangster 3, The Royal Gambler) dan juga nama-nama lain yang dikenali dalam industri membuatkan drama ini bakal memberi kelainan kepada anda.

Mampukah Sang-Pil menyelesaikan kes ini demi menuntut keadilan buat ibunya? Saksikan “Lawless Lawyer” bermula 13 Jun 2018, setiap Rabu dan Khamis, 12.00 tengah hari hanya di www.tonton.com.my untuk merungkai segala kebenaran!

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh Disiarkan 13 Jun 2018
Hari/Masa 12.00 tengah hari
Episod/ Durasi 23 episod x 1 jam
Genre Drama
Bahasa Bahasa Korea

Pelakon Lee Joon-Gi, Seo Ye-Ji, Lee Hye-Young, Choi Min-Soo

Menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan dan Penjenamaan Televisyen Network Media Prima Berhad,

“kami berasa teruja dengan adanya dua buah K-drama terbaru ini yang dibawakan khas buat 8.1 juta pengguna kami. Kami yakin drama bersiri terbaik seperti ‘SUITS’’ dan ‘Lawless Lawyer’ ini mampu menggembirakan penonton dan mengembangkan lagi penjenamaan tonton kepada pengguna dan peminat k-drama secara lebih meluas lagi.”

Tambahnya lagi, “pemilihan dua drama bersiri ini menunjukkan usaha berterusan dari pihak tonton dengan menawarkan kandungan yang terbaik lagi berkualiti buat semua pelanggan dan pengguna kami.”

Barangan tonton edisi eksklusif dan terhad boleh didapati di tonton.roopawan.com. Dapatkan juga langganan VIP tonton di www.11street.my dengan tawaran `Shocking Deals ‘, potongan sehingga 50% bermula 18 Mei 2018.

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas tonton, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus-menerus (‘binge-watch’)

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan program-program secara live, saluran premium, siri eksklusif tonton original, dan arkib video lebih 36,000 jam pengalaman video tanpa iklan dengan pelan langganan VIP serendah RM3.

tonton turut memperkenalkan xtra – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa penonton. Xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara di xtra, portal teras Rangkaian TV Media Prima. Layari www.xtra.com.my untuk maklumat lanjut!

tonton juga boleh diakses di Singapura menerusi aplikasi My Singtel di Singtel Cast Cast, manakala pelanggan DST di Brunei boleh melanggan tonton dengan memuat turun App atau mengakses portal dalam talian melalui www.tonton.com.my. Kedua-dua aplikasi boleh didapati melalui Google Play Store atau AppStore. tonton juga kini boleh disuaikan dengan Chromecast dan boleh diakses menerusi Smart TV dan kotak TV Android.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Britain’s Got Talent Crowns its First Comedian in 12 Seasons

How To Get Bang For Your Buck With Your Ramadan Meals