in , ,

Tonton Siri Animasi Korea SYNOSTONE Setiap Hari di TV Okey

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa berusaha menarik minat semua golongan khalayak penonton terus menyaksikan program terbaik yang telah dipilih untuk menghiburkan mahupun menyalurkan maklumat kepada semua.

Antara program yang menjadi pilihan seisi keluarga tanpa mengira perbezaan umur pastinya rancangan animasi yang diyakini dapat menghiburkan semua. Terbaharu RTM menghadiahkan kepada penonton setia salurannya sebuah siri 13 episod animasi Korea bertajuk “Synostone”, disiarkan mulai 14 Disember ini, setiap hari, pukul 8.30 pagi menerusi TV Okey.

Animasi terbaru bergenre pengembaraan yang turut dikenali sebagai Mask Master. Merupakan animasi garapan dari negara Korea Selatan sejak 2013, menariknya ia menceritakan tentang kisah dunia yang diciptakan sedemikian rupa dan dikenal sebagai 12 elemen. 

Tonton Siri Animasi Korea SYNOSTONE Setiap Hari di TV Okey

Ternyata 12 elemen tersebut terdiri dari 12 kebijaksanaan yang menjaga kedamaian dan kebahagiaan di dunia. Pada masa sama masing–masing diwakili oleh 12 karakter yang disebut maskot atau topeng oleh kelompok manusia.

Sementara itu keseimbangan dunia dan juga kuasa manusia di atas muka bumi membuat Muspe yang merupakan mask ke 13 tidak suka dan dirinya ingin mengubah semua mask yang ada menjadi kelompok di bawah kekuasaannya. 

Disisi yang lain pula, kelompok ‘pengambil’ pun telah merosakkan keseimbangan dunia dan mengambil alih kekuasaan manusia di atas muka bumi.

Tonton Siri Animasi Korea SYNOSTONE Setiap Hari di TV Okey

Begitu pun sekumpulan empat kawan penjaga dunia yang bertugas menjaga empat elemen bumi di empat penjuru telah bersepakat dan bersatu menjadi pasukan dikenali sebagai Mask Master. Mereka adalah Arthur, Borg, Warwick, Honma dan Shumi. Lalu bagaimanakah kesudahan lengkap kisah ini?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disember ini Tidak Bosan Dengan Kandungan Menarik di Dimsum Entertainment!

Sajian 10 Rancangan Menarik Dalam Kempen Bersama TV AlHijrah Seisi Keluarga