in , ,

Tonton Siarkan ‘Live Streaming’ 2022 Mama Awards

Sekali lagi Tonton akan membawakan Anugerah K-Pop No. 1 Dunia iaitu 2022 MAMA AWARDS secara strim langsung (live streaming) selama dua hari pada 29 (Selasa) dan 30 November (Rabu) pada pukul 3.00 petang (waktu Malaysia).

Menurut Ketua Pegawai Operasi Tonton, Amir Rasyidi Johari, “2022 MAMA AWARDS sememangnya ditunggu-tunggukan oleh peminat setia K-Pop seluruh dunia. Kami di Tonton berasa amat bertuah apabila sekali lagi diberikan hak penstriman secara langsung bagi Anugerah K-Pop No. 1 Dunia ini. Barisan pengacara kali ini juga menarik dan pasti anda teruja.

Antaranya seperti Ahn Hyun Mo, Nam Yoon Su, Gabee, Jeon Somi, AIKI dan Park Bo-gum. Peminat-peminat tegar industri muzik Korea ini tidak perlu risau kerana kami akan membawakan anugerah ini secara langsung selama 5 jam berterusan secara percuma.

Tonton MAMA Awards 2022 (BM)

Anda hanya perlu duduk di rumah bersantai bersama kawan-kawan atau keluarga sambil menikmati pop corn!”

2022 MAMA AWARDS, anugerah penuh berprestij ini akan berlangsung di Kyocera Dome Osaka, Jepun pada 29 dan 30 November. Tentunya ramai yang tidak keruan untuk menyaksikan artis manakah yang bakal memenangi 18 anugerah yang dipertandingkan nanti!

Sebelum debaran itu bermula, Tonton akan membawakan sesi karpet merah secara langsung bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang. Manakala acara anugerah pula disiarkan pada pukul 5.00 petang hingga 8.00 malam.

Barisan pengacara untuk kedua-dua hari itu juga merupakan selebriti Korea yang diminati ramai. Pada hari pertama MAMA Awards 2022, sesi karpet akan dihoskan oleh Ahn Hyun Mo, Nam Yoon Su dan Gabee. Manakala Jeon Somi akan menjadi hos untuk malam anugerah. Pada hari kedua sesi karpet merah, Ahn Hyun Mo dan Nam Yoon Su akan berganding dengan AIKI. Malam kemuncak anugerah ini akan dihoskan oleh penyanyi dan pelakon kacak, Park Bo-gum.

Kepada peminat-peminat K-Pop di Malaysia, jom muat turun aplikasi Tonton untuk lebih memudahkan penstriman dan sama-sama strim secara langsung 2022 MAMA AWARDS selama dua hari bermula 29 dan 30 November, pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam hanya menerusi  www.tonton.com.my . 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama RINDU KASIH Lakonan Ummi Nazeera & Izzue Islam

LEGOLAND

Jom Bawa Anak Bermain di Brick-tacular Toy Factory LEGOLAND® Malaysia