in

Video Tonton Kini Boleh Ditonton dalam Pesawat AirAsia

tonton, platform atas talian (‘over-the-top’) nombor 1 di Malaysia dan perkhidmatan penstriman utama dan terbesar kini bekerjasama dengan ROKKI iaitu penyedia perkhidmatan Wi-Fi untuk penerbangan AirAsia dalam mewujudkan pengalaman penstriman unik dan luar biasa kepada penumpang syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia.

Tonton Airasia Rokki

tonton kini 10,000 kaki di udara. Sertai pengalaman penerbangan yang luar biasa

Kerjasama ini membolehkan para penumpang AirAsia menonton seleksi rancangan pilihan di tonton antaranya termasuk filem, drama, gaya hidup, program dokumentari dan kanak-kanak. Pengalaman menonton secara atas talian kini boleh di akses dari 10,000 kaki di udara, kesemuanya percuma. Pengalaman tontonan dalam penerbangan diperkenalkan buat pertama kalinya menerusi pesawat AirAsia pada 7 November 2017 ke Kota Kinabalu, Sabah. Penerbangan ini disertai oleh rombongan media, personaliti selain penumpang komersil.

Rombongan yang mengikuti penerbangan eksklusif ke Kota Kinabalu turut dihiburkan oleh kumpulan AirAsia Fun Team selain penampilan khas wajah tonton iaitu Ayda Jebat dan Redza Rosli; turut serta Baki Zainal dan Rickman Chia, hos rancangan gaya hidup Let’s Cycle di 8TV. Maskot Ejen Ali (yang boleh ditonton di ROKKI), rancangan kegemaran kanak-kanak sepanjang tahun, tampil hadir memeriahkan acara.

Sementara itu, sidang akhbar yang dihadiri oleh Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh dan Choudhury Hassan Peter, Ketua Kumpulan Ancillary AirAsia turut diadakan pada hari yang sama penerbangan tiba dari Kuala Lumpur. Sidang akhbar telah diadakan di lobi Tune Hotel, Kota Kinabalu.

“tonton teruja diberi peluang bekerjasama dengan ROKKI AirAsia dalam merealisasikan pengalaman tontonan unik dalam penerbangan. Menerusi kerjasama ini, penumpang boleh mengakses rancangan kegemaran di tonton pada ketinggian 10,000 kaki di udara secara langsung di peranti mudah alih melalui ROKKI; seterusnya memacu tonton lebih maju ke hadapan. tonton berasa bangga menjadi yang terulung dalam merealisasikan evolusi pengalaman tontonan dalam penerbangan,” menurut Ben Jern Loh, Pengurus Besar tonton.

“Kami begitu berbesar hati bekerjasama dengan tonton dan teruja dengan pembaharuan yang dilakukan di ROKKI. Penumpang kini boleh menikmati akses percuma ke hiburan ROKKI dan platform e-dagang, yang menampilkan filem, muzik, artikel dan permainan selain membeli- belah. AirAsia sentiasa mengutamakan kemudahan dan keselesaan penumpang dengan tawaran pengalaman penerbangan digital yang hebat dalam memastikan pelanggan merasai pengalaman penerbangan yang luar biasa,” ujar Choudhury Hassan Peter, Ketua Kumpulan Ancillary AirAsia.

Tonton Airasia Rokki

Pengalaman tontonan dalam penerbangan ini menawarkan seleksi rancangan menarik di tonton, antaranya kandungan eksklusif, drama dan gaya hidup pada ketinggian 10,000 kaki di udara dengan akses ke ROKKI secara percuma melalui peranti mudah alih peribadi.

Khas untuk pelayar setia internet, pelanggan boleh membuat pilihan untuk kekal berhubung menerusi aplikasi sosial dengan pelan ROKKI dari serendah RM9. AirAsia turut menyediakan pengalaman membeli-belah atas talian dengan tawaran eksklusif dalam penerbangan di ROKKI Shop. Segalanya kini dengan satu klik, hanya dari tempat duduk.

Kini, tontonan di udara bukan lagi mustahil.

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di platfom media sosial: Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP
Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Impian Fazura Lancar Album Kini Tercapai

Lirik Video Lagu YANG TERINDAH Achey Capai 1 Juta Tontonan di YouTube