in ,

Tahniah! Impian Fazura Lancar Album Kini Tercapai

Fazura pastinya telah membuktikan kepada khalayak bahawa beliau merupakan wanita yang mempunyai segalanya- bukan sahaja dia berjaya muncul sebagai aktres yang merangkul beberapa anugerah, malah bintang ini berjaya mempunyai program realitinya sendiri. Kini beliau meambahkan lagi senarai portfolio dan pencapaiannya dengan bergelar penyanyi melalui album perdana yang bertajuk FAZURA.

Album Fazura

Tahniah! Impian Fazura Lancar Album Kini Tercapai

Album yang akan dilancarkan pada 3 November ini mengandungi 9 buah lagu, yang diterbitkan oleh antaranya Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Es-tranged), Ahmad “Kemat” Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat.

Selain lagu duet popular bersama Fattah Amin iaitu ‘Cinderella’, peminat juga boleh menantikan sebuah lagi duet bertenaga bersama Ariadinata, vokalis utama band Indonesia, Samsons, dengan lagu ‘Cinta Langka’.

Album pertama Fazura ini juga menampilkan 2 trek bonus, termasuk sebuah lagu bersama kumpulan tempatan iaitu Estranged, bertajuk ‘Hancur Aku’. Menurut Fazura, lagu tersebut merupakan kerjasama pertama dengan kumpulan tempatan dan ia memberi makna yang besar buat dirinya. Ini kerana setiap ahli kumpulan tersebut telah membimbing dirinya terutamanya perihal mengasah kunci vokal dan mencari suaranya.

“Salah satu lagu kegemaran saya di dalam album ini pastinya lagu Sayangi Dirimu. Lagu tersebut sebenarnya merupakan percubaan pertama saya untuk meneroka industri muzik, walaupun ia tidak diterima dengan baik pada awalnya,”

“Bagaimanapun, saya tidak takutkan cabaran. Saya menerima setiap kritikan sebagai pendorong untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik. Saya menghadiri kelas vokal dan menerima panduan secara profesional. Saya bekerja keras dan mengharapkan peminat menikmati album ini sepertimana saya gembira membikinnya untuk mereka!”

Album Fazura

Beliau juga berjaya bekerjasama dengan beberapa penulis lagu dan lirik baru untuk album perdananya, termasuk penulis lirik yang pernah memenangi anugerah iaitu Shah Shamsiri, melalui lagu ‘Only God Knows’. Fazura menganggap lagu ini bersifat peribadi buat dirinya. Lagu ini turut dirakamkan dalam versi Bahasa Melayu dengan tajuk ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’.

“Fazura merupakan seorang wanita yang berbakat dan sangat berkerja keras, dan pihak kami tidak sabar dengan pelancaran album perdananya,”ujar Kenny Ong, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura.

“Fazura tidak gentar apabila ada pihak yang meragui keupayaannya untuk beralih ke bidang nyanyian, sebaliknya beliau bekerja keras untuk mencipta sesuatu yang indah buat peminatnya,” tambahnya.

Walaupun mengambil durasi hampir setahun untuk menyelesaikan album kerana kesibukan (di antara penggambaran drama dan rakaman filemnya yang tidak berkesudahan, jadual nan padat dan kembara ke negara negara luar), kerja kerasnya pasti telah membuahkan hasil, kerana album ini telah mencapai status anugerah GOLD, dengan penjualan melebihi 5,000 unit setelah dilancarkan.

Album perdana dengan tajuk Fazura ini boleh dibeli melalui Lazada dan XOX, dan juga boleh dimuatturun dan didapatkan secara streaming melalui semua platform muzik digital.

Album Fazura

Album Fazura

Album Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syrian Refugee Sohbi Shaker Chases the Malaysian Dream on Asia’s Got Talent

Video Tonton Kini Boleh Ditonton dalam Pesawat AirAsia