in ,

Tom Hanks & Rita Wilson Keluar Hospital, Ini Nasihat Mereka Kepada Orang Ramai

SETELAH seminggu disahkan menghidapi Corona (Covid-19), pasangan Tom Hanks dan Rita Wilson sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan perlu manjalani kuarantin di rumah buat sementara waktu.

Pasangan ini gemar mengemaskini keadaan diri mereka menerusi laman sosial milik masing-masing. Pada 17 Mac lalu, Tom telah memuatnaik sekeping foto mesin taip di laman Instagram peribadinya dengan menulis kapsi tentang keadaan dirinya. Menurut pelakon berusia 63 tahun ini, keadaannya ketika ini cukup stabil dan tidak mempunyai gejala seperti demam. Namun, dia dan Rita perlu menjalankan kuarantin di rumah. 

Tom Hanks Rita

“Hai semua, saya ada berita baik: Selepas seminggu dikhabarkan positif covid-19 dan perlu menjalankan kuarantin di rumah walaupun saya tidak mengalami apa-apa gejalanya.

Ketika ini saya tidak demam malah sedang bosan sahaja. Saya hanya duduk di rumah, mencuci baju, membasuh pinggan dan tidur di sofa sahaja,

– Tom Hanks
Tom Hanks

Walaupun sudah dibenarkan pulang oleh pihak hospital, Tom dan Rita masih perlu menjalani kuarantin di rumah sewa mereka.

Pada ketika ini mereka masih lagi di Australia dan masih belum dibenarkan untuk pulang ke Amerika Syarikat. 

Tom berada di Australia sejak Januari lalu bagi tujuan penggambaran filem biopic Elvis Presley karya Baz Luhrmann.

Projek filem tersebut terpaksa ditunda akibat penularan wabak covid-19 yang semakin membimbangkan pada waktu ini.

Rita Wilson yang terkenal sebagai penyanyi juga perlu menangguhkan aktiviti nyanyiannya di Australia. 

Mengajak orang ramai supaya melakukan social distancing 

Tom Hanks juga sering mengajak pengikutnya di laman Instagram supaya melakukan social distancing untuk menyekat penyebaran wabak covid-19 ini.

Proses kuarantin sangat penting pada waktu ini dan dia amat berterima kasih kepada pihak Hospital Queensland yang telah merawat dia dan isterinya sebelum ini. 

“Ini merupakan perkara yang perlu kita titipberatkan  untuk mencegah penularan virus ini.

Sebelum keadaan menjadi semakin serius dan tidak terkawal, sebaiknya kita dengar nasihat pakar di samping menjaga diri sendiri dan orang lain, ” ujarnya. 

– Tom Hanks

Untuk pengetahuan, virus ini mengambil masa dua minggu untuk sembuh bagi mereka yang mengalami gejala ringan.

Individu yang mengalami gejala berat dan lama juga memerlukan sekurangnya enam minggu untuk bebas daripada virus ini.

Lebih membimbangkan, individu yang mengalami gejala yang sangat berat boleh mengakibatkan kematian!

Jaga diri anda dan orang di sekeliling anda ya. 

Sumber: Tonton XTRA

What do you think?

853 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penyanyi Lagu ‘Bunga Bunga Matahari’, Mya Ruslee Meninggal Dunia

Maya Ruslee Derita Kanser Sarcoma, Meninggal dalam Perjalanan Ke Hospital