in , ,

“Tolak Tayang Badan Kalau Ianya Boleh Cetus Ghairah,” – Beto Kusyairy

Pelakon Beto Kusyairy menegaskan akan menilai tahap kerelevanan dan impak terhadap imejnya sekiranya diminta untuk tidak berbaju dalam sesebuah naskhah.

Pelakon Beto Kusyairy menegaskan akan menilai tahap kerelevanan dan impak terhadap imejnya sekiranya diminta untuk tidak berbaju dalam sesebuah naskhah.

Pemilik nama penuh Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, itu berkata, dia akan bersikap profesional sekiranya diminta untuk tidak berbaju dan menayang sebahagian badannya dalam filem mahupun drama sekiranya pengarah mempunyai alasan kukuh.

“Saya akan nilai dahulu keperluan sesuatu babak tetapi tidaklah sampai keterlaluan sehingga membuatkan penonton ghairah.
“Pengarah perlu berikan alasan kenapa memerlukan saya tidak berbaju. Jika alasannya kukuh dan selagi tidak melanggar sensitiviti, saya akan bersikap profesional sebab saya seorang pelakon.”

– Beto Kusyairy

Dia bagaimanapun menegaskan akan menolak permintaan itu sekiranya babak sedemikian sengaja dihasilkan untuk mencetuskan kontroversi atau keghairahan penonton.

“Tetapi kalau saja-saja nak ‘menjual’ atau umpan penonton saya tak mahu.
“Mungkin boleh ambil pelakon lain yang lebih sesuai. Saya ni dahlah berwajah Jawa,”

– Beto Kusyairy

Sementara itu, ditanya mengenai kesanggupannya membentuk badan agar tampak sasa, Beto berkata perkara perkara tersebut memerlukan komitmen yang tinggi.

“Saya suka benda yang realistik. Kalau sesuai dengan karakter, saya tiada masalah untuk bina badan.
“Namun, saya perlu masa kerana perkara itu melibatkan komitmen yang tinggi.
“Sebenarnya bina badan hanyalah 10 peratus sahaja ke gim, selebihnya perlu menjaga diet,”

– Beto Kusyairy

Super Wira merupakan siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu seperti silat dan cerita rakyat Naga Tasik Chini.

Selain Beto, naskhah arahan Ghaz Abu Bakar itu turut dibintangi Nadhir Nasar, Idan Aedan, Mira Fizah, Zizan Razak dan Ezzaty Abdullah.

Super Wira bakal menemui  penonton menerusi saluran Astro Ceria setiap Isnin, pukul 9 malam bermula 23 Oktober ini.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR 2020

Alif Satar Pernah Sertai Soccer School, Timba Ilmu Dengan Lagenda MU

SHIHA BEN

Ben Ladin & Shiha Zikir Keluarkan Lagu Terbaru Berjudul ANGAN