in

Tipu Kanan Tipu Kiri

Siang tadi, jam 4 petang telah berlangsung majlis pra tonton filem Tipu Kanan Tipu Kiri di TGV, The Mines, Seri Kembangan. Sebuah filem arahan Sharad Sharan yang dulunya pernah mengarah filem DIVA. Lakonan mantap dari Natasha Hudson dan Hans Isac yang digandingkan dengan pelakon dari Indonesia iaitu Christian Sugiono, Titi Kamal dan menampilkan juga Azwan Ali dan Sazzy Falak.

SINOPSIS TIPU KANAN TIPU KIRI

Rudy (CHIRISTIAN SUGIONO), seorang jejaka kacak dan tampan, memiliki segalanya termasuk seorang isteri yang jelita, Wulan. Wulan (TITI KAMAL) seorang penyanyi terkenal di Indonesia dan seluruh Asia. Malangnya, di dalam syarat-syarat kontrak Wulan dengan syarikat rakamannya, dia tidak dibenarkan berkahwin.

Untuk menyembunyikan perkahwinan mereka, Rudy dan Wulan berpindah ke Malaysia. Apabila semua gadis di pejabat barunya terpikat dengan Rudy, Rudy dengan tidak sengaja berkata yang dia sudah beristeri. Remo (HANS ISAAC), boss Rudy yang cerewet bersama isterinya, Lina (CATHERINE WILSON), yang suka jaga tepi kain orang ingin bertemu isteri Rudy. Mereka menjemput Rudy bersama isterinya ke satu majlis. Akhirnya Rudy tidak dapat mengelak dari menghadiri majlis tersebut.

Dengan bantuan rakan kerjanya Mr. Fix (AZWAN ALI), Rudy ‘menyewa’ seorang penari dan penyanyi yang baru mencari tapak untuk menonjolkan dirinya, Sarah (NATASHA HUDON) untuk berlakon sebagai isterinya buat satu malam. Tidak lama kemudian, Rudy terperangkap dalam jerat penipuan di mana dia terpaksa menyorokkan kebenaran dari semua orang dalam hidupnya. Terjadilah kekeliruan, suasana kelam-kabut dan situasi lucu.

Tipu Kanan Tipu Kiri akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 16 Oktober 2008.

Budiey kasi 2.5/5 bintang untuk filem. Sebuah filem ala hindustan yang berunsurkan komedi romantis yang menghiburkan. Ada babak yang Budiey suka dan ada beberapa babak yang begitu sweet… sukar untuk diperkatakan di sini. Jadi, jangan lupa nonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afdlin Shauki Duta Jenama Fisherman’s Friend Yang Baru

Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw