in

Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw

Semalam, selesai sahaja pra tonton filem Tipu Kanan Tipu Kiri di The Mines, Budiey diheret pula untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Tayangan Unggul dan Astro Shaw di Palace of The Golden Horses. Majlis yang dihadiri oleh pelakon, selebriti, krew, staff dan media ini bagi Budiey dah jadi macam Gala Nite lak.

Dan di majlis itu juga para pelakon dan krew filem Kala Malam Bulan Mengambang juga telah menerima wang raya! Tahniah untuk korang ya. Dapat duit raya RM500! Kira okay lah tu.

Kepada semua orang-orang Tayangan Unggul dan Astro Shaw, Budiey ingin ucapkan terima kasih atas layanan dan kerjasama diberikan. Selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma. Maaf Zahir & Batin!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tipu Kanan Tipu Kiri

Gambar Kekasih Nabil Raja Lawak