in , ,

Tinggal Tiga Ahli, OUTBREAK Terus Mengorak Langkah Lancar Single INFINITI

Pengunduran dua ahli kumpulan Outbreak, Zaim Ajmal dan Zareef tidak mematahkan semangat tiga ahli yang masih kekal bersatu iaitu Shakirin Shah 21, Allif Firdaus 21 serta Hakeem Zamall 23 untuk terus mengejar cita- cita sebagai sebuah boyband di Malaysia.

Menyimpan segunung impian bagi menempatkan diri dalam industri seni hiburan, Outbreak kini tampil dengan single baharu berjudul Inifiniti. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, infiniti bermaksud, “keadaan (masa, ruang) yang tidak ada batasnya” sekali gus membuatkan Outbreak tertampar dan bertekad untuk meneruskan usaha seni mereka sehingga berjaya dan lebih berdaya maju. 

Menurut Shakirin, dia bersama ahli Outbreak menghormati keputusan dua sahabatnya yang bertekad meninggalkan kumpulan itu dan mengakui sepanjang tiga tahun banyak kenangan dan kejayaan dicapai bersama. 

“Kami menghormati keputusan yang dibuat Zaim dan Zareef untuk keluar daripada Outbreak. Saya, Aliff dan Hakeem sentiasa mendoakan perjalanan mereka supaya terus berjaya dan dipermudahkan. 

“Biarpun banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui sepanjang tiga tahun menempa nama, namun kami tidak boleh patah semangat untuk terus ‘menghidupkan’ jenama Outbreak dan memastikan kumpulan ini terus diingati dan diterima ramai. 

“Justeru, kami hadir dengan buah tangan baharu berjudul Infiniti. Single baharu ini menonjolkan kekuatan dan keunikan suara masing-masing selain gandingan bertiga ini disifatkan cukup serasi,” katanya. 

OUTBREAK

Infiniti adalah hasil ciptaan lagu & lirik oleh Wan Saleh. Buah tangan terbaharu ini memberi inpirasi dan menyuntik semangat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah dalam hidup. 

Melihat keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara, Infiniti juga dilihat mampu memberi mesej positif kepada pendengar supaya terus cekal dan kuat dalam mendepani dugaan hidup ketika ini. 

Bagi Aliff, Infiniti berupaya membangkitkan semangat daripada perasaan kecewa dan mendorong semua untuk berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua yang sedang dilakukan. 

“Inifiniti adalah naskhah yang saya kira pembakar semangat untuk kita semua supaya terus kuat dan bangkit dalam apa juga dugaan yang kita hadapi. Saya sangat menyukai dengan lirik lagu ini yang menyebut “Ku Cuba, Berulang Ku Mencuba, Dengan Usaha Dan Doa, Jangan Mudah Putus Asa, Tetap Percaya’. 

“Ia menyatakan bahawa kita semua tidak terlepas daripada ujian dan dugaan hidup, namun setiap liku-liku kehidupan yang dihadapi pasti ada harapan dan jalan terbaik untuk menuju kejayaan. 

“Ketika merakamkan lagu ini, saya akui sangat bersemangat untuk menyanyikannya kerana lagu ini sanagt bermakna dalam hidup saya. Banyak dugaan yang kita semua hadapi ketika ini, namun kita tidak pernah mengalah, malah sentiasa berdoa dan berusaha,” katanya. 

“Saya berharap Inifiniti dapat diterima ramai kerana lagu ini sangat bersesuaian dengan situasi yang kita semua hadapi. Walaupun aktiviti promosi lagu ini sedikit terhad memandangkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) , namun kami yakin dengan naskhah ini serta sokongan padu daripada semua pihak,”

– Hakeem

Official Lyric Video INFINITI bakal disiarkan secara rasmi pada hari Sabtu, 12.00 tengari bertarikh 10, Julai 2021 di saluran Youtube Beegood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari disemua platform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Deezer dan Youtube Music pada 9, Julai 2021. 

OUTBREAK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Siar Drama Terhebat Tempatan, Hollywood & Korea Menerusi ‘Binge-athon’

Selebriti Malaysia Kongsi Kisah Telus Kejayaan & Perancangan Masa Depan