in , ,

Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

Majlis Nikah Mira Filzah, bersama Wan Emir Astar pada bulan Oktober 2020 hampir menjadi kenyataan. Walaupun tidak menyatakan tarikh tetap penikahan itu, namun Mira Filzah menyatakan dirinya sekarang tunang orang dan sedang membuat persiapan hari berbahagianya.

Mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Menurut Mastura, beliau amat meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah.”

– Datin Mastura Mohd Yazid

Biarpun sebelum ini mengesahkan bahawa dirinya sudah bertunang dengan Wan Emir, namun Mira dilihat masih enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober depan.

“Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal.”

– Mira Filzah

Terdahulu, hubungan Mira dan Emir mula dihidu netizen apabila andaian pasanagn ini menjalinkan hubungan istimewa apabila apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah Ustaz Ebit Lew, Hari Pertama Pembukaan Elewsmart Meriah!

Kereta Hilang, Video Pergaduhan Nubhan & Isteri Tular