in , ,

Timah Tampil dengan Single Pertama, Ajak Rakyat Malaysia Kembali CERIA

Ahli Termuda Rocketfuel Entertainment, Timah Kini Muncul Dengan Single Sulung Yang Padat Dengan Mesej Positif Berjudul CERIA dengan niat mahu mengajak semua orang untuk rasa ceria dan gumbiraaaa!

Penyanyi dan pelakon cilik berbakat besar, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, tampil buat pertama kalinya sebagai artis naungan Rocketfuel Entertainment dengan single pertama berjudul ‘Ceria’ ciptaan komposer terkenal, MFMF bersama Asyraf Nasir

Timah yang baharu sahaja berumur 13 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan bidang nyanyian seawal umur 9 tahun lagi.

“Ketika berusia 9 tahun, Timah banyak menyertai pertandingan nyanyian di sekolah. Selain itu,

Timah juga pernah mewakili Malaysia sewaktu pertandingan nyanyian di China dan Taiwan selama 3 tahun berturut-turut sehinggalah pada tahun 2019 apabila mula terlibat dengan Ceria Megastar Ministar dan maju ke peringkat separuh akhir,”

– Timah
Ceria Cover Art

Selain berkebolehan menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, Timah juga mahir bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Mandarin.

“Ibu Timah merupakan seorang guru Bahasa Mandarin dan banyak mengajar Timah mempelajari bahasa tersebut. “

– Timah

Idea disebalik tercetusnya single Ceria sebenarnya timbul dari Encik Feros Sayna selaku Ketua Rockefuel Entertainment sendiri.

Beliau mahukan sebuah lagu berentak ‘Ceria’ dengan mesej yang positif buat rakyat Malaysia yang sedang dirundung duka kerana masalah pandemik COVID-19.

“Terima kasih kepada Encik Feros kerana memberikan peluang emas ini buat Timah,”

– Timah

Ceria merupakan sebuah lagu yang dicipta khas bagi meningkatkan mood keceriaan buat semua orang. Liriknya menceritakan tentang harapan dan kesyukuran, manakala melodinya berentak pop rancak menimbulkan rasa gembira buat pendengar.

Timah rasa terpanggil untuk menceriakan suasana murung yang sedang melanda negara. Impian Timah adalah untuk menggembirakan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat menerusi nyanyian. Tak mungkin kita akan merasa suram selamanya kerana pasti ada pelangi yang bakal muncul apabila semuanya kembali normal.”

Single yang bergenre pop dansa ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlanjutan. Namun, ia berjaya disempurnakan tanpa sebarang masalah.

“Sewaktu proses rakaman sedang berlangsung, banyak perkara baru yang Timah pelajari. MFMF banyak memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik nyanyian yang betul dan bagaimana memperbaiki mutu nyanyian agar mood yang cuba ditonjolkan ‘timbul’ ketika mendengarnya,” katanya.

Komen Encik Jipie, Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment mengenai Timah,

“Walaupun usianya masih muda, Timah sudah mula menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bidang seni. Ini terbukti dengan kesungguhan beliau dalam menyampaikan single Ceria.

Timah juga seorang yang ingin mempelajari benda baru terutama dalam memahami selok belok dan cabaran dalam industri seni.”

“Semoga lagu ini mendapat sambutan dan memberi keceriaan buat semua yang mendengarnya.”

– Encik Jip
Timah Ceria | 4
Timah Tampil dengan Single Pertama, Ajak Rakyat Malaysia Kembali CERIA 8

Timah yang meminati penyanyi lama, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkata, “Harapan Timah adalah agar single Ceria dapat menghiburkan setiap lapisan masyarakat di Malaysia tak mengira umur, bangsa mahupun agama kerana mesej positif yang cuba disampaikan.”

“Timah juga berdoa agar Tuhan memelihara kita semua dan memberikan kekuatan buat mereka yang sedang bertarung nyawa disebabkan COVID-19.”

– Timah

Lagu ‘Ceria’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Timah

Lirik Lagu CERIA

Tajuk : CERIA

Artis : Timah

Penulis Lirik : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Asyraf Nasir & Timah

Komposer : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

Terbitan : Rocketfuel Records, Warner Chappell Music & Universal Music Publishing

VERSE 1:

Harinya tiba aku bermula

Mewarnai dunia setiap langkah

Aku pelangi yang beri pancaran cahaya

Kawan-kawanku, ada di sisiku

Gelak-tawa, dengan jelasnya didengar

Keluarga, dekat di hatiku

Kasih sayang  kan ku ingat selamanya

(PRE-CHORUS)

Oh sungguh indahnya lah suasana

(haa haa haa haa haa)

Syukur padaNya kita dapat bersama-sama

(CHORUS)

P-p-p-p-p-p-pelangi mewarna

B-b-b-b-b-b-berlari bersama

P-p-p-p-p-p-perasaan ria

Riang gembira

Hari CERIA

P-p-p-pelangi, p-p-pelangi (mewarna)

B-b-b-berlari, b-b-berlari (bersama)

P-perasaan, p-perasaan (ria)

Riang gembira

Hari CERIA

VERSE 2:

Impianku hanya dapat  ku melihat

Senyuman pada setiap wajah yang ku sayang

Menjadi titian kasih yang bernilai

Dalam kemurungan, ku bawa kebaikan

(Okay)

Sedia ku di sisi

Sahabat semua

Gangguan di emosi

Jangan putus asa

Ku tahu bukan mudah

Cabaran tolak kita ke bawah

Lihat lah ke atas

Hari esok pasti lebih cerah

(PRE-CHORUS)

(CHORUS)

BRIDGE:

Adakala ku suram, ku seperti kamu

Awan yang gelap juga, atas kepalaku

Tapi aku tahu aku pelangi

7 warna ceria ku mewarnai

Moga indah semuanya

Bersama-sama

(CHORUS)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizi Kirana 1 | 25

Teka Teki Terjawab! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Diijabkabulkan Pagi Ini

Sajat 2020 | 26

Sajat Ditahan Imigresen Thailand, Tunggu Kebenaran Nak Pindah Australia