in , ,

Sajat Ditahan Imigresen Thailand, Tunggu Kebenaran Nak Pindah Australia

Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Dikhabarkan Sajat sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Memakai purdah dan niqab menjadi taktik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa selepas usaha memburunya dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimana Sajat Lolos ke Bangkok

Dengan mengenakan pakaian sedemikian selain dibantu seorang lelaki, Nur Sajat melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, ke kawasan sempadan sebelum lolos ke Thailand.

Skuad Khas Harian Metro menjejaki semula laluan digunakan Nur Sajat yang dipandu arah lelaki terbabit yang dilaporkan menerima upah sebanyak RM20,000.

Sumber memaklumkan, selepas gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu dikeluarkan mahkamah.

“Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

“Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan,”

– SUMBER
Sajat Ditahan Imigresen Thailand, Tunggu Kebenaran Nak Pindah Australia

Mengulas lanjut, dengan bantuan lelaki itu, Nur Sajat dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

“Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

“Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand,”

– SUMBER

Ditanya bagaimana Nur Sajat dan lelaki terbabit boleh melepasi sekatan jalan raya hingga ke utara tanah air, sumber itu memaklumkan, usahawan kosmetik itu lolos ke Thailand pada Mac lalu.

“Kita percaya Nur Sajat dan lelaki terbabit lolos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri. “Pihak berkuasa yakin dia lolos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan,”

– SUMBER

Dalam perkembangan sama, sumber itu memaklumkan, siasatan mengenai Nur Sajat berjaya lolos walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara sudah diperhalusi pihak berkuasa.

“Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh lolos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.

“Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit,”

– SUMBER

Ditanya adakah lelaki itu sudah dikenal pasti, sumber itu bagaimanapun enggan mengulasnya.

“Kita percaya individu ini mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta mahir selok-belok di kawasan sempadan negara terutamanya di Perlis,”

– SUMBER

Sajat Sudah Ditahan

Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.

Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

“Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya.

Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.

“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” katanya.

Sajat Ditahan Imigresen Thailand, Tunggu Kebenaran Nak Pindah Australia

Tunggu Kebenaran Nak Pindah Australia

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.

Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Timah | 23

Timah Tampil dengan Single Pertama, Ajak Rakyat Malaysia Kembali CERIA

Ashraf Muslim 2020 | 24

Ayah Ashraf Muslim Kini Kritikal Dijangkiti Covid-19 Tahap 5