in

Tim K.A.T Bakal Mengibar Jalur Gemilang Malaysia Di Serata Eropah

Undian untuk Red Bull Can You Make It? kini ditutup secara rasminya. Tim K.A.T telah pun terpilih dan bakal memulakan pengembaraan sekali-seumur-hidup mewakili Malaysia di serata Eropah dengan hanya berbekalkan kepintaran, daya tarikan, kelasakan dan juga tin Red Bull sebagai matawang.

Team KAT Front-9

Tim K.A.T telah terpilih daripada 73 penyertaan lain untuk mewakili Malaysia bagi edisi Red Bull Can You Make It? tahun ini. Video hantaran mereka dipilih berbanding lain kerana kreativiti, keaslian dan keunikan yang menggambarkan mengapa mereka wajib terpilih. Tim K.A.T dianggotai pelajar-pelajar universiti Syed Abdul Kabir, (21); Aiman Hamizan, (21); Batrisya Haji Ismail, (22). Tim K.A.T adalah singkatan untuk Knowledge (Ilmu), Attitude (Gaya) dan Teamwork (Kerjasama). Aiman petah berbicara, aset penting untuk pertandingan ini, Syed jejaka macho dan lasak yang sukakan sukan ekstrim, dan Batrisya merupakan pencetus kreativiti yang ceria dan penuh semangat.

Sebagai sebuah pasukan, mereka mempunyai persefahaman yang baik dengan kelebihan masing-masing. Mereka pasti seronok berlumba di serata Eropah, tempat kelahiran tin biru/perak Red Bull, berentap dengan pasukan-pasukan dari 56 negara yang turut ingin memenangi pertandingan ini.

Trio proaktif ini akan menggunakan sifat spontan, daya penarik dan kepintaran mereka untuk cemerlang ke garisan penamat. Kesemua pasukan dari seluruh dunia ini dipilih dari ribuan yang memohon melalui proses undian secara global dan seterusnya oleh panel juri.

TAPI bukan itu saja, kami ada satu lagi pengumuman menarik: Terdapat satu lagi pasukan istimewa yang dianggotai peserta dari seluruh dunia, dan kami berbangga untuk mengumumkan yang salah seorang dari tiga anggotanya merupakan anak kelahiran Sabah yang kreatif dan berpersonaliti, Evangeline Chan, pelajar ekonomi di Universiti Malaya. Pasukan wild card antarabangsa ini akan bertanding bersama pasukan-pasukan lain untuk sampai ke Amsterdam, dan kami teruja dengan penyertaan seorang lagi anak Malaysia.

Apakah Red Bull You Can Make It? Ianya bukan satu perlumbaan, tetapi satu pengembaraan.

  • ●  Pasukan yang terpilih akan memulakan perjalanan dari salah satu dari lima tempat permulaan di Eropah: Budapest, Madrid, Manchester, Rome dan Stockholm pada 10 April.
  • ●  Sepanjang perjalanan seminggu mereka, setiap pasukan perlu berhenti di sekurang-kurangnya enam titik semak sebelum sampai ke garisan penamat di Amsterdam.
  • ●  Sepanjang perjalanan mereka juga, kesemua pasukan akan diberi tugas dan cabaran yang berbeza, di mana mereka perlu mendapatkan bantuan orang ramai untuk membantu mereka.
  • ●  Pasukan bertiga ini juga akan membawa tin-tin edisi khas minuman tenaga Red Bull yang digunakan sebagai matawang untuk mendapatkan pengangkutan, makanan atau tempat penginapan untuk berehat di penghujung setiap hari.(kapsyen gambar) Red Bull Can You Make It? 2016 (A-B) Kayla The Khe Sin, Jason Lee Jia Wei dan Alston Teoh Yeong Chee dari Universiti Malaya (UM), telah berpeluang mengalami perjalanan sekali-seumur-hidup di serata Eropah

Red Bull Can You Make It? 2016 Hibiscus Tigers, (dari atas ke bawah) Kayla Teh Khe Sin, Jason Lee Jia Wei dan Alston Teoh Yeong Chee dari University of Malaya (UM),

Pada 2016, sebanyak 165 pasukan dari seluruh dunia bertukaran tin-tin Red Bull untuk pengalaman yang menjadi impian mereka, dari melompat keluar dari kapal terbang serta mendapat tiket untuk menghadiri perlawanan bolasepak Champions League di Eropah. Wakil Malaysia, Hibiscus Tigers, menduduki tempat ke 27 dari 165 pasukan dan tempat kedua dalam capaian media sosial di Asia.

Untuk maklumat lanjut atau jika anda teruja ingin tahu tentang pertandingan hebat ini, layari Red Bull TV: https://www.redbull.tv/event/AP-1TZTCFW112111/red-bull-can-you-make-it-2018

Layari juga: www.redbullyoucanmakeit.com dan https://www.facebook.com/redbullyoucanmakeit untuk semua perkembangan terkini untuk acara Red Bull Can You Make It?.

Nota untuk pengarang: Pasukan K.A.T bersedia untuk ditemubual pihak media di pejabat Red Bull. Sila hubungi kami jika berminat. Maklumat lanjut di mukasurat seterusnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Dedah Punca Elfira Dan Sufian Putus Tunang?

CELCOM BIG WIN Memberi Hadiah Utama Bernilai Setengah Juta Ringgit!