in , ,

CELCOM BIG WIN Memberi Hadiah Utama Bernilai Setengah Juta Ringgit!

Siapa sangka dengan hanya bermain permainan trivia di dalam talian, anda boleh memenangi sebuah rumah baru?

Impian menjadi kenyataan untuk Rashdan A. Manan, 27 tahun, apabila berjaya memenangi sebuah unit kondominium bernilai RM500,000, sebahagian daripada kempen Celcom Big Win Menang Rumah.

Kontraktor awam yang berasal daripada Kuala Lumpur itu tidak percaya tuah berpihak kepadanya dan sangat gembira apabila dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama!

Celcom

CELCOM BIG WIN Memberi Hadiah Utama Bernilai Setengah Juta Ringgit!

Hadiah utama Celcom Big Win Menang Rumah telah dihadiahkan oleh Zuwairi Zakaria, Ketua Penetapan Harga dan Pemasaran Runcit Celcom Axiata Berhad di Menara Celcom baru-baru ini.

Beribu peserta telah mengambil bahagian dalam peraduan Celcom Big Win Menang Rumah dan lebih dari 100 peserta telah berjaya membawa pulang baucar peralatan rumah istimewa bernilai RM1,000 setiap satu.

Celcom Big Win terus menyediakan lebih banyak permainan trivia yang menarik seperti Fit and Rich, Do-U-Know-Christiano, Duit4Free dan banyak lagi dan semua peserta berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah yang menarik.

Big Win adalah sebuah portal peraduan yang istimewa dan para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan. Pelbagai peraduan yang menarik dengan keseronokan yang tiada tandingan ditawarkan di Big Win seperti trivia, pencarian harta karun, permainan papan dan banyak lagi. Segala peraduan di Big Win boleh didapati melalui arahan USSD dan SMS.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan terkini, sila layari www.bigwin.com.my atau dial *888*.

Celcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim K.A.T Bakal Mengibar Jalur Gemilang Malaysia Di Serata Eropah

Peraduan Menang Tiket D-BOX dari GSC