in , ,

Tilla-Sam Meraikan Ulangtahun ke-5 Perkahwinan di Malam Virtual Pengaseh

Bersempena meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-5, Shaheizy Sam (Sam) dan Syatilla Melvin (Tilla) berkongsi hari bahagia mereka bersama peminat-peminat pada Malam Virtual Pengaseh secara ‘live streaming’ di Facebook Shaheizy Sam dan Youtube SamTilla TV.

Acara ini berlansung dengan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seiring Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Sam, “Saya ingin berkongsi kenangan terindah dan momen selama 5 tahun kami berkahwin, saya tahu ia jangka masa yang singkat tetapi ia amat bermakna untuk kami, apatah lagi setelah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan produk bersama Pengaseh, banyak saya dan Tilla kongsikan dari segi idea pengasilan produk, cara pemasaran dan sebagainya. Banyak yang kami belajar bersama Alhamdulillah yang semakin berjaya dan berharap menjadi pendorong kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk menjana pendapatan bersama untuk menjadi stokis dan agen Pengaseh.

Tilla-Sam

Bagi Tilla sendiri, hari ini sangat bermakna bukan sahaja meraikan ulangtahun perkahwinan tetapi meraikan sambutan kelahiranya yang ke 30. “Di usia ini, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan serta perniagaan yang saya ceburi bersama Sam, mendapat respon yang baik.”. Saya berharap dengan adanya Pengaseh yang kami usahakan bersama, ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang peminat untuk bersama-sama kami didalam Pengaseh. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang sama-sama ingin berjaya dalam perniagaan. 

Pada acara itu juga, Sam dan Tilla memberikan hadiah percutian kepada peminat bertuah yang menonton mereka secara live, pemenang akan berpeluang Cuti-Cuti Bersama Tilla & Sam ke Golden Sands Resort by Shangri-La Penang. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Istimewa bersama Kaka Azraff dan dihoskan oleh Ain Edruce.

Tilla-Sam

Tilla turut berkongsi amalan pengambilan jamu sejak berusia 15 tahun lagi membuatkan dia dan suami bertekad untuk menghadirkan sebuah produk minuman jamu, Pengaseh (Pelaris Cinta) di pasaran khusus kepada wanita. Diangkat sebagai produk pertama kolaborasi Tilla bersama suaminya juga merupakan aktor terkenal, Shaheizy Sam, Pengaseh diumpama salah satu resepi magis berhasil mengekalkan kebahagiaan rumah tangga mereka selepas mendirikan perkahwinan pada 8 Februari 2016. 

Menurut Tilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, Pengaseh dihasilkan daripada ramuan terbaik hasil pengalaman sendiri yang mengamalkan jamu sedari usia belasan tahun dan selepas mendapat nasihat daripada individu pakar serta pihak bertauliah. “Saya sendiri boleh rasa impaknya dari zaman bujang hingga sekarang. Bayangkan, saya rasa lebih bertenaga termasuk mampu rasa perbezaan daripada segi dalaman apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Ia berperanan membantu hubungan bersama suami. Dan waktu sama, saya hendak tolong wanita di luar sana kerana percaya hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami isteri. Benar, hubungan seksual amat penting dalam rumah tangga. Ia kunci kekal bahagia,” kata Tilla ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Bersama Tilla-Sam di GlamHall Damansara. 

Dikurniakan dua cahayamata comel; Sheriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy, 2, tiada lain diinginkan oleh pasangan ini kecuali berkongsi sedikit pengalaman dan rezeki yang dimiliki kepada masyarakat agar taraf hidup masing-masing dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 

“Selain mereka boleh merasai sendiri khasiat minuman jamu ini, saya lihat Pengaseh boleh menjana sumber pendapatan sampingan buat wanita dengan menjadi ejen ataupun stokis berdaftar kami,” ujar Tilla yang turut menanam impian bersama Sam untuk menjadi pasangan suami isteri selebriti memiliki empayar bisnes sendiri kelak. 

Pengaseh diadun dengan variasi bahan terdiri daripada Chaste Beri, Pueraria Mirifica, Serapat, Kelopak Ros, Kolagen, Manjakani, Kacip Fatimah dan Sirih yang setiap satunya memiliki khasiat signifikan terhadap kesihatan. 

Minuman jamu ini berfungsi bagi membantu mengawal hormon yang tidak seimbang, membantu penghasilan kolagen bagi memberi hasil kulit tegang, membantu menegangkan payudara yang kendur, membantu mencerah kulit serta sekata, membantu mengurangkan keputihan wanita dan membantu kitaran haid teratur. 

Ia dijual dengan harga RM69.00 sebotol untuk Semenanjung Malaysia dan RM73.00 (Sabah/Sarawak). 

Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lanjut, boleh terus menghubungi ibu pejabat StarBazar di talian 01116874987 atau emel [email protected] 

Tilla-Sam

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tips Mencintai & Dicintai

Kontroversi Rumah Tangga Jadi Gimik Untuk Lancar Produk, Shuk Sahar Dikritik Lagu