in , ,

Kontroversi Rumah Tangga Jadi Gimik Untuk Lancar Produk, Shuk Sahar Dikritik Lagu

Pelawak Shuk Sahar malam tadi, membuat kejutan menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sekali lagi.

Shuk ketika dihubungi berkata, dia sengaja memilih hari pelancaran produk isterinya Rossalennah Natassyiah atau Sera untuk majlis ‘peminangan’ tersebut.

“Saya tahu ramai yang tuduh kontroversi baru-baru ini gimik sebab saya muncul dalam live Sera, masa dia tengah lancar produk pula tu.

“Terpulanglah nak cakap apa pun. Saya ada sebab kenapa pilih hari ini untuk ‘pinang’ Sera sekali lagi. Saya dapat tahu dia akan lancar produk hari ini dan saya rancang dengan sahabat saya untuk muncul dalam live tersebut.

“Biarpun ada yang kata Sera nampak tidak selesa dan sebagainya, tapi saya tak ada cara lain nak bertemu Sera, saya berasakan malam ini adalah malam yang sesuai,” katanya.

Shuk berkata, tuduhan kononnya dia dan isteri sengaja mencipta kontroversi adalah tidak berasas dan kurang bijak.

“Bodohlah saya kalau sengaja cipta kontroversi sehingga boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga serta hampir hilang kerja.

“Saya masih digantung tugas dan tidak ada apa-apa jawapan lagi dari pihak pengurusan. Agak-agaklah kalau nak menuduh pun.

“Saya ada anak-anak yang sedang membesar, saya buat kesilapan terbesar dalam hidup saya. Saya malu dengan anak-anak, isteri, keluarga saya dan mentua. Dan malu dengan diri sendiri, itu gimik?

“Tapi tak mengapalah selama ini pun saya dah terima macam-macam kecaman dan tuduhan, teruskanlah…saya terima,” luah Shuk.

Dalam pada itu Shuk memohon maaf kepada warga maya yang tidak selesa dengan kemunculannya dalam video pelancaran produk terbaru keluaran isterinya, Puteh Wow.

Kontroversi Rumah Tangga Jadi Gimik Untuk Lancar Produk, Shuk Sahar Dikritik Lagu

“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang tidak suka atau tidak selesa. Saya hanya mahu memohon maaf dan ampun daripada Sera atas kesalahan dan kesilapan saya.

“Saya hanya mahu rumah tangga kami kembali seperti dahulu demi masa depan anak-anak. Saya sayangkan Sera, saya sayang anak-anak dan keluarga kami.

“Saya mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua ahli keluarga kami yang terkesan kerana kontroversi baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Shuk dan Sera serta meminta menghentikan tuduhan kononnya kontroversi sebelum ini adalah gimik.

Kata pengikut di ruangan komen, lebih baik mendoakan yang baik-baik daripada menuduh perkara tidak pasti apatah lagi tidak berada di tempat mereka.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tilla-Sam Meraikan Ulangtahun ke-5 Perkahwinan di Malam Virtual Pengaseh

Aiman Tino Akui Salah Faham Antara Keluarga, Ada Yang Kata Semuanya Demi ‘Marketing’