in , ,

TikTok Rai Pencipta Konten Tempatan di TikTok House of Creators 2022

* TikTok rai lebih 200 pencipta konten ternama dengan malam yang diisi keseronokan, aneka pengalaman dan aktiviti interaktif. TikTok juga meraikan ulang tahun #TikTokGuru yang kedua!

TikTok, destinasi utama bagi video mudah alih berformat pendek, telah menghimpunkan para pencipta konten ternama di acara #HouseOfCreators2022 pada minggu lepas bagi mengiktiraf sumbangan berterusan mereka dalam menjadikan platform tersebut sumber bagi kreativiti dan keceriaan buat para pengguna. 

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Bukan sekadar malam apresiasi bagi warga pencipta konten, TikTok juga telah meraikan ulang tahun keduanya bagi #TikTokGuru, tanda pagar yang disohorkan pengguna tempatan dan yang mengandungi konten janaan warga pendidik berkeinginan untuk berkongsi ilmu mereka dalam lapangan masing-masing serta menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan. 

Seawal pengasasannya, TikTok telah menjadi platform yang mendukung pembangunan komuniti kreatif, autentik, dan positif yang bukan sahaja terdiri daripada para pengguna yang menikmati dan berinteraksi dengan konten yang disediakan, tapi juga golongan pencipta yang meluahkan kreativiti masing-masing menggunakan pelbagai alatan dalam aplikasi berkenaan.

Sebagai platform yang bersifat majmuk dan inklusif, TikTok telah menjadi sumber utama bagi hiburan, gaya hidup, dan ilmu pengetahuan. Warga pencipta dari pelbagai lapangan seperti hiburan, permainan, makanan, kecantikan, pendidikan dan banyak lagi juga telah menghasilkan video demi video selain memiliki dan mempopularkan aneka tanda pagar. 

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Ia boleh dilihat menerusi tanda pagar #TikTokGuru yang telah berkembang menjadi salah satu medium yang paling digemari rakyat Malaysia, meraih lebih 18.8B tontonan dan lebih 1 juta video setakat ini. Oleh itu, semakin ramai pencipta #TikTokGuru seperti @cikgudebbie, @iqbalahyar, @sir_asai, dan @sirsyami_92 yang memanfaatkan platform ini bagi mendidik pengguna mengenai pelbagai topik yang merentasi panduan am, pendidikan sekolah, tip mencegah penipuan, tip kesihatan dan kesejahteraan, dan banyak lagi.

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

“Golongan pencipta merupakan tulang belakang bagi platform ini. Kepelbagaian dalam pengalaman, komuniti, dan konten yang terlahir mampu membina titian hubungan dan persefahaman melalui video. Atas sebab itu, kami percaya bahawa warga pencipta kami bukan sekadar berkongsi detik kehidupan mereka, tapi juga menjadi jambatan yang menghubungkan pengguna dari pelbagai latar belakang menerusi minat yang sama, lalu melahirkan pelbagai komuniti di platform ini. Ia boleh dilihat melalui ekosistem konten tempatan yang kian berkembang seperti  #SembangEntertainment, #MakanLokal, #BeautyHacks, #KakiGaming, #TikTokSports, dan #TikTokGuru,” ujar Darren Quek, Pengurus Operasi Strategi, TikTok Malaysia.

“Sebagai wadah yang mencungkil kreativiti individu dan memupuk pembikinan karya-karya yang asli lagi menghiburkan, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik buat semua, termasuk warga pencipta kami. Kami berharap menerusi acara #HouseOfCreators2022 ini, golongan pencipta dapat merapatkan hubungan dan berkongsi ilham sesama mereka sementara mereka terus menyajikan konten-konten yang bermakna buat warga komuniti TikTok,” tambah beliau. 

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Berkongsi sentimen yang sama terhadap idea pembentukan komuniti yang bersehaluan di TikTok, JE Pong, pengasas GoYoung berkata, “Cinta kami ke atas tarian yang telah menyatukan kami. Titik sejarah GoYoung bermula menerusi 8 individu yang berkongsi video tarian di saluran TikTok masing-masing. 

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Tidak lama kemudian, kami telah menemui sesama sendiri di ‘For You Page’ dan telah memetik ilham daripada satu sama lain. Apabila kita semua bersua muka buat pertama kali, kami dapat merasakan pertalian hubungan antara kita terbina secara semula jadi, lalu GoYoung pun terlahir. Hari ini, GoYoung ingin memberi inspirasi kepada penari-penari lain dan bantu mencorak komuniti yang lebih besar di TikTok.”

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Dr. Ben Gee, salah seorang pencipta popular di Malaysia juga berkongsi, “TikTok telah menjadi wadah bagi pengamal perubatan oral seperti saya untuk mencapai individu-individu walau di mana jua mereka berada. Saya gembira kerana TikTok memberi penekanan ke atas konten-konten pendidikan melalui tanda pagar seperti #TikTokGuru, #HealthCheck dan #KekalSihat supaya masyarakat boleh menambah ilmu tentang pelbagai subjek termasuk kebersihan mulut dan penjagaan gigi, khususnya daripada sumber yang boleh dipercayai.”

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Semasa acara tersebut berlangsung, para pencipta diberi peluang untuk melangkah keluar dari lapangan mereka dan meneroka kategori-kategori TikTok yang sedang sohor seperti hiburan, makanan, kecantikan, permainan video, sukan, dan DIY melalui zon-zon aktiviti serba interaktif. 

Para tetamu juga disajikan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan seperti Dolla, Fatia, Gaston Pong, Amsyar Leee, Bunga, dan GoYoung. 

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Muat turun atau buka aplikasi TikTok anda hari ini untuk menyaksikan sedutan acara #HouseOfCreators2022 dan terus menikmati karya para pencipta tempatan pilihan anda seperti @khairulaming, @charmwasabi, @hanifloid, @sultan_riq, @drbengee dan banyak lagi! TikTok disediakan secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022
Tiktok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan Di #Houseofcreators2022

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel

Syamel Lancar Single BAHAGIA MILIK KITA, Single Romantis Buat Hari Bahagia

Zul Huzaimy | 17

DADDYKU GANGSTER Angkat Kisah Gangster Menjaga Dua Kanak-Kanak