in , ,

TikTok Music Night Asia Kini Kembali Dengan #UrbanBeats

Pentas penstriman langsung (livestream) TikTok menyala lagi apabila TikTok Music Night Asia kembali bulan ini dengan tema #UrbanBeats.

Pada 29 dan 30 Jun jam 7:30 malam pengguna TikTok dijemput untuk melakukan gerakan ketika mereka menikmati pelbagai rentak Hip Hop dan R&B dari beberapa artis hebat dari Asia dan luar Asia. Apa yang pernah menjadi satu fenomena di Amerika kini telah menular ke seluruh Asia, membentuk artis generasi baru yang fokus untuk mencipta gaya rap, Hip Hop dan R&B tersendiri. Menariknya tentang acara kali ini, Travie McCoy dari Gym Class Heroes, Warren Hue dari 88rising, artis pop baru Alaina Castillo, dan artis rap Korea pertama dari Sydney, ‘1300’ akan membuat persembahan – ini juga bermakna buat pertama kalinya peminat di Malaysia akan dapat menikmati persembahan dari Australia dan New Zealand sambil meraikan sejarah dinamik dan evolusi Hip Hop.

TikTok Music Night Asia

 Persembahan terdiri daripada:

29 Jun 2021, 7.30 malam menerusi @TikTokMusicNight  
Nama ArtisNegara Pasaran ArtisPautan Akaun TikTok
Warren HueArtis jemputan antarabangsa https://www.tiktok.com/@warrenhue?
MC SniperRepublik Korea https://www.tiktok.com/@mcsniper79?
LAYONERepublik Koreahttps://www.tiktok.com/@layon_e?
8MANJepunhttps://www.tiktok.com/@88eightman?
Phuc DuVietnamhttps://www.tiktok.com/@duligan?
GanggaIndonesiahttps://www.tiktok.com/@ganggaksm?
ShiggaShaySingapurahttps://www.tiktok.com/@shiggashay?
YonnyboiiMalaysiahttps://www.tiktok.com/@yowneeboi?
Tiffany LheiRepublik Filipinahttps://www.tiktok.com/@tiffanylheijaja?
ZynakalMalaysiahttps://www.tiktok.com/@zynakal1?
   
30 Jun 2021, 7.30 malam menerusi @TikTokMusicNight  
Nama ArtisNegara Pasaran ArtisPautan Akaun TikTok
Travie McCoyArtis jemputan antarabangsahttps://www.tiktok.com/@traviemccoy?
Alaina CastilloArtis jemputan antarabangsahttps://www.tiktok.com/@alainacastillo?
AQUINASRepublik Koreahttps://www.tiktok.com/@official_aquinas?
Surf n SurfRepublik Koreahttps://www.tiktok.com/@surf_n_surf?
1300Australiahttps://www.tiktok.com/@1300.info?
KhoiVietnamhttps://www.tiktok.com/@khoidarealest1705?
THELIONCITYBOYSingapurahttps://www.tiktok.com/@thelioncityboy65?
ASYRAF NASIRMalaysiahttps://www.tiktok.com/@asyrfnsir?
ScyeRepublik Filipinahttps://www.tiktok.com/@scye.music?
BungaMalaysiahttps://www.tiktok.com/@bungaisme.1?
YHB SleepsalotSingapurahttps://www.tiktok.com/@yhbsleepsalot?

Acara penstriman langsung ini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi TikTok pada 29 dan 30 Jun 2021 jam 7:30 malam melalui @TikTokMusicNight.

Sejak pelancaran TikTok Music Night pada Oktober 2020, acara muzik secara penstriman langsung ini telah berkembang ke luar dari Korea ke negara-negara lain di seluruh Asia, termasuk Malaysia. Ini adalah edisi keenam TikTok Music Night. Edisi-edisi sebelum ini telah menampilkan artis terkenal di dunia seperti Pentatonix, Lauv, Conan Gray, MAX dan Pink Sweat$.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Influencer Tiktok & Instagram, Fadhilatun Nisa Diangkat Jadi Ikon Dakwah Remaja

Telemovie PARI-PARI NAIK LORI MENCUIT Hati di TV2