in , ,

Telemovie PARI-PARI NAIK LORI MENCUIT Hati di TV2

Tajuknya sahaja mampu menarik perhatian semua untuk mengetahui apakah jalan cerita dalam telemovie ini. Adakah kisahnya tentang pari-pari? Ataukah kisah pemandu lori yang bertemu si pari-pari cantik ketika dalam perjalanan menghantar barang?

Lapangkan seketika fikiran anda dengan menonton drama komedi santai dan mencuit hati diberi tajuk “Pari-Pari Naik Lori” pada 5 Julai ini, pukul 9.00 malam mengisi slot Drama On 2 di TV2.   

Menyaksikan gandingan pelakon utama si cantik Bella Astillah dengan dua hero Mustaqim Bahadon dan Nabil Aqil, drama disiarkan RTM ini juga diselitkan dengan pengajaran kepada semua terutama dalam mengambil keputusan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu yang pastinya mengundang akibat buruk kepada si pelakunya.

Ikuti kisah berlaku dalam diri watak Rosma yang setelah berfikir panjang memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Talha. Ini kerana dia merasakan jejaka itu tidak punya cita-cita dan hanya selesa dengan perniagaannya menjual ayam. Kerana itu yang bukan diingini oleh Rosma. Dia mahu hidup kaya dan bahagia.  

Telemovie Pari-Pari Naik Lori Mencuit Hati Di Tv2

Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka Rosma membuat keputusan untuk bertunang dengan jejaka pilihannya, Nazif. Keputusan itu mengejutkan banyak pihak terutamanya Talha. Talha tidak dapat menerima kenyataan bahawa Rosma akan bertunang dengan lelaki lain. Bukan dengan dirinya. 

Nekad untuk mendapatkan Rosma semula, Talha tanpa berfikir panjang telah melakukan satu rompakan di majlis pertunangan Rosma. Lebih mengecewakan dia turut membawa lari wang hantaran diterima Rosma.

Apakah yang terjadi kemudiannya? Adakah Rosma berubah hati atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan Nazif yang tiba-tiba terjebak sama dengan balas dendam yang dilakukan Talha? Ikuti kesudahannya di TV2. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yonnyboii 2021 Red | 23

TikTok Music Night Asia Kini Kembali Dengan #UrbanBeats

Siti Elizad | 24

Rasa Terharu, Siti Elizad Kongsi Momen Berharga Dapat Berbual dengan Tunku Azizah Pasal IVF