in ,

Tiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu Ini

[dropcap]B[/dropcap]erita baik buat peminat K-Pop khususnya peminat band popular dari Korea CNBLUE yang akan mengadakan konsert solo buat kali pertama kali di Malaysia, sempena dengan siri Jelajah Blue Moon World Tour bagi mempromosikan album R:Blue. Ya, Budiey dikhabarkan, tiket untuk konsert ini akan dijual mulai pada hari Sabtu ini. Wah, pasti ramai peminat CNBLUE atau BOICE tak sabar-sabar untuk mendapatkan tiket masing-masing kan?

[pullquote align=”right”]Konsert CNBLUE Blue Moon World Tour 2013 – Live in Malaysia dianjurkan oleh DAOL Entertainment Sdn Bhd akan diadakan pada 24 Ogos depan di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam.[/pullquote]

Rata-rata yang Budiey tanya di laman Twitter, ramai peminat tak sabar nak jumpa CNBLUE yang dianggotai Jung Yong Hwa, Lee Jong Hyun, Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin itu. Budiey pun kalau dapat jemputan media, pastinya akan datang ke konsert ini untuk buat liputan. Itu pun kalau dijemputla kan. Kalau ada peraduan untuk pembaca pun lagi bagus. Ramai betul yang minta tiket percuma… ish ish, korang ni. Tiket murah je kot, kan. Haa paling murah pun harganya RM178 je. Je?

Tiket konsert ini dijual dengan harga RM638 untuk kategori Moon Zone, RM578 (VVIP, RM528 (VIP), RM478 (Royal), RM378 (Special), RM278 (Zone A) dan RM178 (Zon B).

CN Blue

Untuk info peminat K-pop, Konsert CNBLUE Blue Moon World Tour 2013 – Live in Malaysia dianjurkan oleh DAOL Entertainment Sdn Bhd akan diadakan pada 24 Ogos depan di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Kepada BOICE yang nak dapatkan tiket lebih awal tu, bolehlah dapatkan tiket di Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Haa, pastinya ramai yang pasang khemah dan sanggup beratur panjang ni. Rasanya la kan.

Untuk anda yang tak dapat datang, boleh je nak beli tiket secara dalam talian (online) menerusi laman sesawang www.AirAsiaRedTix.com bermula 18 Mei jam 3 petang.

CNBLUE adalah band pertama dari Korea yang mengadakan siri jelajah dunia bagi mempromosikan album baru mereka, Re: BLUE yang memuatkan lagu-lagu yang Budiey rasa sangat mantap, iaitu I’m Sorry, Coffee Shop, More THen You, Naran Namja, La La La dan Where You Are. Budiey dah pun dengar album CNBLUE ni dan ternyata Budiey jatuh hati dengan lagu I’m Sorry. Best dan mantap!

Sebelum ini, Budiey pernah berjumpa dengan CNBLUE yang pernah berkunjung di Malaysia untuk Anugerah Golden Disk yang ke-27 (GDA) pada bulan Januari lalu. Budiey masih ingat lagi, band ini telah menerima anugerah bagi kategori Artis Kegemaran Malaysia. Tak sangkal lagi, pasti ramai yang akan datang beli tiket pada hari Sabtu ni. Kata, ramai sangat yang undi CNBLUE masa GDA27, kan.

gda-rc-cnblue-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Menteri Kabinet Baru Penggal 2013-2018 Malaysia

Samsung Brings Coveted GALAXY S4 to Malaysians’ Doorstep